Harian Metro

Tiada kejutan besar

-

 Sebahagian besar penyandang ketua bahagian pertahan jawatan masing-masing

Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak, Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis), Datuk Hajiji Noor (Tuaran), Datuk Masidi Manjun (Ranau), Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatang­an) dan Datuk Sapawi Ahmad (Sipitang), semuanya menang tanpa bertanding.

Turut menang tanpa bertanding, Datuk Abdul Rahim Ismail (Papar), Datuk Isnin Aliasnih (Beaufort), Datuk John Ambrose (Penampang), Datuk Abdul Ghani Yassin (Pensiangan), Datuk Wetrom Bahanda (Kota Marudu), Datuk Sairin Karno (Keningau), Datuk Faisyal Diego (Kota Kinabalu) dan Datuk Yakub Khan (Sepanggar).

Antara ketua bahagian yang berundur ialah pemangku Ketua UMNO Semporna, Datuk Nasir Sakaran dan Datuk Yusof Apdal (Silam).

Pemilihan turut menyaksika­n beberapa muka baharu menang tanpa bertanding, iaitu Datuk Arsit Sedi (Putatan), Abdul Karim Abdul Wahid (Kalabakan), Datuk Juslie Ajirul (Libaran) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Tawau) yang menggantik­an tempat abangnya, Allahyarha­m Datuk Tawfiq yang meninggal dunia, Mac lalu.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah, Datuk Awang Kadin Tang (Sandakan), Khairul Firdaus (Batu Sapi), Datuk Ramlee Marahaban (Semporna) dan Datuk Raimie Unggi (Tenom), antara muka baharu menang ketua bahagian mengatasi pencabar masing-masing.

Pemilihan turut menyaksika­n tiga lagi muka baharu bagi jawatan ketua bahagian selepas mengatasi pencabar masing-masing iaitu Samad Jamri (Beluran), Gurahman Lolong (Kudat) selepas menewaskan empat pencabarny­a dan Abdul Hakim Gulam Hassan (Silam) yang menewaskan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Nilwan Kabang.

 ??  ?? YAHYA( tengah) pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Putatan di Hotel Pan Borneo, Putatan.
YAHYA( tengah) pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Putatan di Hotel Pan Borneo, Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia