Harian Metro

TULANG AYAH DALAM KEBUN

 Anak arwah Abdul Jabar mohon henti sebar gambar rangka ditemui di kebun sawit

- Amrullah Abdul Abdul Karim cnews@nstp.com.my

‘Mohon semua stop viral (tular) gambar arwah abah saya. Jangan buka aib arwah abah saya...orangnya dah tiada...tolong sangat...tolong faham situasi family (keluarga) saya..mohon sangat-sangat.’

Itu pesanan pemilik akaun Facebook (FB), Cikk AtiEy dipercayai anak perempuan kepada seorang lelaki yang rangkanya ditemui dalam kebun kelapa sawit berdekatan simpang tiga menghala ke Sri Keledang, Gedangsa di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, tulang dan rangka terbabit ditemui berselerak­an di kawasan kebun kelapa sawit berkenaan.

Rangka manusia membabitka­n bahagian tulang belakang itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumka­n kepada polis.

Turut ditemui di lokasi berkenaan pakaian dan sepasang kasut getah selain sebuah kereta Proton Iswara serta dokumen.

Cikk AtiEy memuat naik status itu petang kelmarin selepas mendapati gambar rangka manusia dipercayai arwah bapanya, Abdul Jabar Lela, 51, tular di media sosial.

Dalam ruangan komen, Cikk AtiEy turut mengesahka­n rangka yang ditemui itu adalah bapa kandungnya berdasarka­n penemuan kad pengenalan di lokasi kejadian.

“Haah (ya)...ada ic (kad pengenalan) abah kat mayat tu,” kata Cikk AtiEy menjawab soalan kenalannya di ruangan komen FB miliknya.

Terdahulu, seorang kenalannya turut bertanya mengenai punca sebenar kematian bapanya namun Cikk AtiEy masih belum mengetahui perkara itu.

“Hmmm tak tahulah Shila..orang jumpa ayah aku kat kebun...,” katanya.

Dalam statusnya, wanita berkenaan turut melahirkan kekesalan kerana tidak sempat bertemu bapanya dan meminta maaf atas kesalahan dilakukan.

“Semoga Abah tenang kat sana..tak sempat atie nak jumpa abah..atie minta maaf abah...#al fatihah,” katanya. Sementara itu, suami kepada Cikk AtiEy ketika dihubungi wartawan, di sini, semalam, enggan mengulas lanjut mengenainy­a kerana kes dalam siasatan polis.

Katanya, maklumat berhubung penemuan dokumen pengenalan diri dan pengesahan daripada ibu mentuanya juga sudah dibuat kelmarin dan hanya menunggu hasil laporan asid deoksiribo­nukleik (DNA).

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superinten­dan Lim Bak Phai berkata, siasatan awal mengenal pasti mangsa sebagai Abdul Jabar Lela berusia 51 tahun berasal dari Kampung Bahagia Baru, FELDA Gedangsa.

Katanya, rangka dan tulang manusia itu ditemui bersama pakaian dan sepasang kasut getah.

“Hasil siasatan di tempat kejadian turut menemui sebuah kereta jenis Proton Iswara dan dokumen milik mangsa.

“Rangka berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis meninjau lokasi rangka ditemui.
ANGGOTA polis meninjau lokasi rangka ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia