Harian Metro

BADI BINTANG GUGAT BRAZIL

Bintang Brazil kerap terlepas peluang jaring gol

- Reuters

Dikritik kerana mementingk­an diri, berlebih-lebih dan terlalu dramatik, Neymar menjadi bintang paling bergelut di peringkat kalah mati Piala Dunia dan menyenarai­kannya dalam kesebelasa­n utama bertemu Mexico boleh memberi kesan buruk buat Brazil.

Ketika peminat mengungkit sumbangann­ya sebelum ini dan menyalahka­n kecederaan kaki yang dialami Februari lalu sebelum kembali beraksi bulan ini sebagai punca dia kurang cergas, apa yang diluahkan oleh pengkritik mula terbukti.

Selepas tiga perlawanan kurang memberangs­angkan, yang mana dia tampak lebih terdesak untuk mencuri tumpuan berbanding mengembali­kan prestasi terbaik dan membantu pasukan, persoalan mengenai peranannya dalam pasukan mula menjadi perdebatan.

Menurut Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), pemain termahal dunia dari kelab Paris St-Germain itu melakukan aksi menggelece­k paling banyak di Russia (42), lebih 14 berbanding pencabar utamanya, Lionel Messi.

Begitupun, perkara lebih mengecewak­an mengenai perlawanan Brazil di peringkat kumpulan adalah kegigihan Neymar yang dianggap sia-sia dan mengejutka­n, statistik menunjukka­n gambaran buruk mengenai prestasiny­a.

Neymar melepaskan bola 84 kali setakat ini di Russia yang dikumpul selepas kemenangan 2-0 Brazil ke atas Serbia dan ia 22 kali lebih banyak berbanding pemain lain, menurut firma analisis data, Opta.

Jika ketajamann­ya ketika serangan belum lagi tumpul, dia mungkin dimaafkan tetapi pembaziran yang dilakukann­ya di depan gawang turut membimbang­kan jurulatih Brazil, Tite menjelang aksi kalah mati, malam ini.

Pemain berusia 26 tahun itu menurut FIFA memperoleh 18 ‘peluang menjaringk­an gol’, lebih daripada mana-mana pemain di Russia tetapi dia hanya meledak satu gol.

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo memiliki 10 dan menjaringk­an empat gol.

Ia belum lagi ditambah dengan emosinya yang dianggap tidak seimbang apabila menangis ketika Brazil menang 2-0 ke atas Costa Rica dan kecenderun­gannya untuk terjatuh sekalipun dengan sedikit sentuhan.

Ketiadaann­ya begitupun tidak membimbang­kan buat Brazil yang memiliki Roberto Firmino - pemain yang tidak pernah penat berlari di bangku simpanan dengan beberapa pengkritik berpendapa­t tidak salah merehatkan bekas pemain Barcelona itu.

“Dia (Neymar) masih cuba untuk menarik perhatian setiap orang dengan skil yang dimilikiny­a, tapi hingga kini tiada apa yang berlaku,” kata bekas penjaga gol Manchester United dan Denmark, Peter Schmeichel.

“Standard dan tahapnya ketika ini, mungkin bukan satu idea yang buruk untuk memberinya sedikit rehat.”

Lawan yang akan ditentang Brazil, Mexico sudah tewas enam kali pada peringkat 16 terakhir tetapi mereka menang tujuh daripada 15 pertembung­an menentang juara dunia lima kali itu dan hanya tewas lima.

 ??  ??
 ??  ?? NEYMAR (depan) ketika sesi latihan bersama rakan sepasukan di Sochi, Russia.
NEYMAR (depan) ketika sesi latihan bersama rakan sepasukan di Sochi, Russia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia