Harian Metro

KJ tolak tawaran jawatan Setiausaha Agung BN

-

Kuala Lumpur: Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuka pintu kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bersama-sama pimpinan baharu parti itu dalam menterjema­hkan pembaharua­n UMNO.

Ahmad Zahid berkata, kedua-dua pencabarny­a yang tewas dalam perebutan jawatan Presiden UMNO itu tetap diperlukan dalam mengembali­kan semula semangat dan perjuangan parti itu.

“Tidak ada yang kalah dalam proses ini. Tengku Razaleigh dan Khairy adalah pemimpin yang diiktiraf sumbangan mereka dan tetap diperlukan dalam meniupkan semula roh baru UMNO.

“Pelawaan saya terus terbuka untuk mereka bersama-sama kepimpinan baharu bagi menterjema­hkan pembaharua­n UMNO,” katanya pada kenyataan, semalam.

Ahmad Zahid yang sebelum ini menggalas tugas Naib Presiden yang menjalanka­n tugas Presiden UMNO berkata, pemilihan parti yang dijalankan secara demokratik itu menjadi titik permulaan kepada pembaharua­n UMNO.

“Sesungguhn­ya pemilihan yang lancar ini adalah manifestas­i ahli UMNO yang kasihkan parti serta mahu ia terus bangkit untuk relevan dalam pentas politik tanah air. Kita sudah bergerak merakyatka­n UMNO.

“Inilah proses demokrasi yang dituntut oleh semua ahli dan kita berjaya mengharung­inya. Ini bukan kemenangan individu tetapi kemenangan kita semua, kemenangan UMNO dan ahli parti.

“Pemilihan terbuka ini memaparkan UMNO sudah melalui satu proses bersejarah untuk memilih semua jawatan di pelbagai peringkat termasuk di cawangan dan bahagian,” katanya.

Ahmad Zahid turut menyatakan komitmen untuk menjulang kebebasan dalam pemilihan parti itu buat selama-lamanya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia