Harian Metro

NIKAH TAK SAH

-

“Perkahwina­n itu tidak sah dan mereka mesti dipisahkan,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merujuk perkahwina­n kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang menjadi isteri ketiga peraih getah di Gua Musang, Kelantan pada Aidilfitri keempat lalu.

Sungai Golok (Selatan Thailand): Budak 11 tahun yang berkahwin dengan peraih getah berusia 41 tahun pada Jumaat lalu, memberitah­u Kadi Sungai Golok yang dia sudah baligh.

Kadi berkenaan, Hashim Yusoff berkata, kanak-kanak itu memberitah­unya demikian selepas dia bertanya soalan itu kepadanya.

“Sebelum majlis akad nikah bermula jam 11 pagi (waktu Malaysia) pada 18 Jun lalu, saya bertanya kepada bakal pengantin perempuan beberapa soalan kerana terkejut apabila mengetahui usianya 11 tahun.

“Soalan pertama saya adakah dia sudah baligh dan dia menjawab...ya.

“Saya tanya lagi adakah dia bersetuju berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun itu dan dia menjawab bersetuju tanpa paksaan.

“Ibu bapa budak yang turut hadir pada hari itu juga bersetuju dan bersedia menjadi wali.

“Mereka juga membawa dua saksi bersamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Nyor di sini, semalam.

Hashim yang juga Penolong Pendaftar di Majlis Agama Islam Narathiwat berkata, majlis akad nikah itu dilakukan di Masjid Padang Nyor.

Katanya, dia membawa rombongan pengantin dan keluarga ke rumahnya untuk mengisi beberapa dokumen berkaitan pernikahan itu selepas anak nikah.

“Saya terangkan kepada pengantin lelaki bahawa walaupun pernikahan itu sah, saya tidak dapat mengeluark­an surat nikah kerana pernikahan itu perlu didaftarka­n terlebih dulu di Malaysia.

“Saya juga tidak melarang suami untuk ‘bersama’ isteri mudanya itu tetapi jika remaja itu mengandung sebelum umurnya 16 tahun, dia perlulah melahirkan anak mereka di Thailand,” katanya.

Sementara itu, Hashim berharap orang ramai tidak mensensasi­kan isu itu kerana pernikahan mereka adalah sah dan mengikut hukum syarak.

Dia yang sudah berkhidmat selama 12 tahun dalam bidang itu berkata, antara peraturan yang dimaksudka­n ialah kanak-kanak itu berasal dari sebuah daerah di selatan Thailand, sudah baligh, pernikahan itu dijalankan tanpa paksaan dan majlis dipersetuj­ui ibu bapanya.

 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad
semalam.
LAPORAN Metro Ahad semalam.
 ??  ?? HASHIM menunjukka­n gambar pasangan seperti tersebar di dalam Facebook.
MASJID di Kampung Nyor, Sungai Golok, Selatan Thailand yang menjadi lokasi pernikahan. MEJA makan seperti dalam gambar yang tersebar.
HASHIM menunjukka­n gambar pasangan seperti tersebar di dalam Facebook. MASJID di Kampung Nyor, Sungai Golok, Selatan Thailand yang menjadi lokasi pernikahan. MEJA makan seperti dalam gambar yang tersebar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia