Harian Metro

Tembak tauke kedai terkena kaki penyamun

-

Tindakan seorang lelaki memecah masuk sebuah kedai runcit membawa padah selepas ditembak pemilik di kaki kanan menyebabka­nnya cedera dalam kejadian di Jelawat, Bachok, semalam.

Kejadian jam 9.20 malam, mangsa yang berusia 36 tahun memecah masuk kedai runcit dan mencuri barang keperluan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata, pemilik kedai runcit berusia 65 tahun yang berada di rumah mendapat panggilan daripada rakannya yang memaklumka­n premisnya dimasuki seorang lelaki.

Menurutnya, warga emas berkenaan bergegas ke kedainya dengan membawa senapang patah dan mendapati seorang lelaki memecah masuk premisnya.

“Terkejut dengan kehadiran pemilik kedai, mangsa cuba melarikan diri dengan menaiki motosikal Yamaha LC.

“Pemilik kedai melepaskan satu tembakan di bahagian tayar belakang untuk memberhent­ikan motosikal, namun tersasar terkena kaki kanan mangsa.

“Mangsa sempat melarikan diri sebelum ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut jam 11.30 malam dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya di pejabatnya di Ibu

Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, semalam.

Beliau berkata, doktor yang merawat membuat laporan polis selepas mendapati lelaki itu dalam keadaan mencurigak­an.

Katanya, polis merampas senapang patah dan menahan pemilik kedai runcit untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan hingga mencederak­an. Menurutnya, sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

“Pemilik kedai runcit yang mempunyai lesen senjata api itu tidak mengetahui tembakanny­a tersasar dan terkena kaki kanan mangsa kerana dia hanya mahu memberhent­ikan motosikal suspek.

 ??  ?? DIN menunjukka­n senapang patah yang dirampas.
DIN menunjukka­n senapang patah yang dirampas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia