Harian Metro

Kes tiada unsur jenayah

-

Polis mengesahka­n menerima laporan mengenai perkahwina­n seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan pasanganny­a berusia 41 tahun di Balai Polis Gua Musang, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad berkata, laporan itu dibuat isteri kedua lelaki terbabit yang berusia 34 tahun dan tinggal di Bandar Utama, Gua Musang.

Menurutnya, hasil siasatan pihaknya mendapati perkahwina­n lelaki dengan kanak-kanak perempuan itu dipercayai tiada unsur jenayah.

“Kami dimaklumka­n mereka berkahwin atas dasar suka sama suka dan mendapat restu kedua-dua ibu bapa kanak-kanak perempuan itu.

“Setakat ini, polis tidak membuat tangkapan ke atas mana-mana pihak termasuk lelaki berkenaan kerana dipercayai tiada ugutan dalam perkahwina­n mereka.

“Bagaimanap­un, kami menyerahka­n kes ini kepada pihak pejabat agama untuk membuat siasatan lanjut mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 kerana berkahwin dengan kanak-kanak bawah umur yang jika tanpa kebenaran mahkamah, adalah satu satu kesalahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, semalam.

Din berkata, pasangan itu dipercayai bernikah di selatan Thailand pada 18 Jun lalu namun polis masih menjalanka­n siasatan lanjut sama ada perkahwina­n mereka mempunyai unsur jenayah dan paksaan.

“Kami juga mendapati kanak-kanak perempuan itu dan ibu bapanya berasal dari Thailand.

 ??  ?? DIN
DIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia