Harian Metro

Terbang lari

Penjenayah paling dikehendak­i Perancis lolos penjara naik helikopter

-

Seorang perompak yang pernah menjadi penjenayah paling dikehendak­i di Perancis berjaya melarikan diri dari penjara semalam dengan menaiki sebuah helikopter, kata pegawai.

Sumber memberitah­u, Redoine Faid, 46, melarikan diri dari penjara di Reau, pinggir Paris dalam tempoh beberapa minit dengan bantuan tiga lelaki bersenjata yang menaiki helikopter.

Helikopter itu kemudian ditemui di timur laut Paris dan polis kini melancarka­n operasi memburu mereka di seluruh wilayah berkenaan.

Ini kali kedua Faid melarikan diri dari penjara.

Pada 2013 Faid melarikan diri dari penjara di utara Perancis dengan meletupkan dinding menggunaka­n dinamit tetapi ditangkap enam minggu kemudian.

Faid kemudian diberi parol selepas meyakinkan pegawai bahawa dia insaf melakukan jenayah dan berikrar untuk memulakan hidup baru. Bagaimanap­un, mahkamah rayuan pada April lalu menjatuhka­n hukuman penjara 25 tahun terhadap Faid kerana terbabit dengan satu rompakan bersenjata pada Mei 2010 yang menyebabka­n seorang anggota polis wanita terbunuh.

Faid yang membesar di kawasan pendatang di pinggir Paris pernah muncul di beberapa program televisyen dan menjadi penulis bersama dua buku mengenai kehidupann­ya ketika remaja serta dunia jenayah di Paris.

Lelaki itu pernah berkata, kehidupan jenayahnya mendapat inspirasi daripada filem Hollywood termasuk ‘Scarface’ and ‘Heat.’

 ?? - AFP ?? HELIKOPTER yang ditinggalk­an Faid selepas meloloskan diri dari penjara di Reau.
- AFP HELIKOPTER yang ditinggalk­an Faid selepas meloloskan diri dari penjara di Reau.
 ?? - AFP ?? GAMBAR notis untuk tangkapan Faid yang dikeluarka­n Interpol.
- AFP GAMBAR notis untuk tangkapan Faid yang dikeluarka­n Interpol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia