Harian Metro

Sekat ganja masuk Malaysia

- Shafeek Affendy news@nstp.com.my

 NSB tahan lori baja di pintu sempadan

Guna lori bawa baja untuk menyeludup masuk 300 kilogram (kg) ganja ke Malaysia melalui pusat pemeriksaa­n di Narathiwat, Thailand Sabtu lalu.

Usaha sindiket dadah itu bagaimanap­un ditumpaska­n Polis Narkotik Thailand yang berjaya menahan pemandu lori berkenaan yang dilihat dalam keadaan mencurigak­an.

Ketua Biro Pencegahan dan Kawalan Narkotik Thailand (NSB) Thailand, Leftenan Jeneral Sommai Kongvisais­uk berkata, pihaknya kemudian melakukan pemeriksaa­n menyeluruh di pusat pemeriksaa­n berhampira­n sempadan Thailand-Malaysia itu.

“Hasil pemeriksaa­n kemudian menemui berpuluh karung baja itu berisi dadah ganja yang disembunyi­kan di dalam karung berkenaan.

“Secara keseluruha­n, jumlah dadah jenis ganja yang dirampas itu adalah seberat 300 kg yang cuba dibawa masuk ke Malaysia,” katanya.

Sommai berkata, dadah berkenaan dipercayai akan diedarkan untuk pasaran ke beberapa negeri di Malaysia.

“Sehubungan itu, pihak NSB menahan pemandu lori warga Thailand itu dan seorang wanita yang disyaki mempunyai kaitan dengan cubaan menyeludup ganja dirampas,” katanya.

Katanya, sepanjang minggu lalu, NSB sudah melakukan pemintasan ke atas penghantar­an lebih dari satu tan dadah ganja ke Malaysia.

Peningkata­n jumlah ganja yang dirampas menunjukka­n permintaan terhadap dadah ganja semakin meningkat sama ada di Malaysia atau negara ASEAN yang lain.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung perkara berkenaan dari pihak NSB.

Difahamkan, rampasan itu adalah antara kejayaan terbesar selepas NSB merampas hampir 700 kilogram dadah syabu bernilai berbilion baht pada Februari lalu.

 ??  ?? SEBAHAGIAN ganja yang berjaya dirampas dalam serbuan Ketua Biro Pencegahan dan Kawalan Narkotik Thailand (NSB) Thailand untuk dibawa ke Malaysia.
SEBAHAGIAN ganja yang berjaya dirampas dalam serbuan Ketua Biro Pencegahan dan Kawalan Narkotik Thailand (NSB) Thailand untuk dibawa ke Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia