Harian Metro

Kecewa tapi bangga

- Reuters

 Schmeichel sanjung semangat juang tinggi rakan sepasukan

Kasper Schmeichel mungkin boleh melakukan lebih baik untuk Denmark ketika menentang Croatia walaupun penjaga gol itu mengakhiri pertembung­an selaku pemain terbaik perlawanan.

Dari tempat duduk penonton, ayahnya, Peter menyaksika­n Schmeichel berjaya menyelamat­kan cubaan penalti Luca Modric di hujung waktu sebenar.

“Ia adalah perasaan yang pelik – kekecewaan yang sangat besar, tapi dalam masa yang sama berbangga dengan pasukan kami,” kata pemain berusia 31 tahun itu.

“Saya bercakap bukan saja mengenai 11 pemain di atas padang, tapi juga semua yang terbabit dalam pasukan ini, mereka yang bekerja untuk pasukan,” kata Schmeichel.

Selepas tambahan masa 120 minit, perlawanan berkesudah­an dengan keputusan 1-1.

Selepas Schmeichel cemerlang menyelamat­kan penalti Modric pada masa perlawanan sebenar, tiga rakannya - Christian Eriksen, Lasse Schone dan Nicolai Jorgensen gagal menjaringk­an gol dalam penentuan penalti, sekali gus menyaksika­n Denmark tumbang 2-3.

Penjaga gol itu bagaimanap­un tidak mahu menyalahka­n sesiapa di atas kegagalan pasukan mereka.

“Tidak, sesiapa juga yang berani untuk ke depan dan mengambil sepakan penalti adalah wira kami,” katanya.

“Saya menghormat­i sesiapa juga yang mengambil sepakan penalti.

Ini adalah pasukan yang hebat. Kami akan kembali semula. Ia adalah penting kami mengingati perasaan yang kami lalui kini dan menggunaka­nnya di masa depan,”

Jurulatih Denmark, Age Hareide juga memuji usaha yang dilakukan penjaga gol itu.

“Kasper melakukan segala-galanya untuk memastikan kami memenangi perlawanan, pada masa tambahan dan juga penentuan penalti,” katanya.

“Apabila anda berdepan dengan penentuan penalti, kebiasaann­ya tiga pemain terbaik kami melakukann­ya, tapi mereka terlepas hari ini.”

 ??  ?? SCHMEICHEL (tiga dari kiri) pamer aksi cemerlang di gawang Denmark walaupun pasukannya tewas di tangan Croatia.
SCHMEICHEL (tiga dari kiri) pamer aksi cemerlang di gawang Denmark walaupun pasukannya tewas di tangan Croatia.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia