Harian Metro

Ambil tindakan tegas elak penularan penyakit

-

Miri: Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap penternak babi yang membuang bangkai haiwan itu sesuka hati di sepanjang jalan Sungai Rait, Bakam, di sini.

Ini perlu untuk memastikan perbuatan itu tidak berulang kerana dikhuatiri boleh menyebabka­n penularan pelbagai penyakit berjangkit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin berkata, perbuatan membuang bangkai haiwan sesuka hati di tepi jalan berkenaan perlu dihentikan.

“Kita minta pihak berkaitan menyiasat kes itu untuk tindakan lanjut,” katanya yang juga Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak.

Sementara itu, penduduk Sungai Rait, Riduan Matsim, 55, berkata, perbuatan membuang bangkai babi di Sungai Rait bukan perkara baru dan perlu dihentikan segera.

“Sudah menjadi kebiasaan penternak haiwan di kawasan itu membuang haiwan ternakan yang mati akibat sakit di tepi jalan, dalam longkang dan kolam terbiar,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan sudah biasa berbuat demikian, mereka sering mengambil jalan mudah dan menghumban­kan bangkai haiwan di tepi jalan.

“Pengusaha ternakan itu tidak mempedulik­an sama ada tindakan mereka boleh menyebabka­n penularan penyakit berjangkit yang diternak di kawasan ladang berdekatan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertanian

Sarawak ketika dihubungi menjelaska­n, pihaknya memandang serius kegiatan berkenaan.

Malah, jabatan itu menyatakan komitmen menjalanka­n siasatan segera berhubung kes berkenaan.

 ??  ?? BANGKAI babi dalam guni dicampak di tepi bukit.
BANGKAI babi dalam guni dicampak di tepi bukit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia