Harian Metro

Penerima duit 1MDB perlu pulang balik

-

Petaling Jaya: “Dana 1MDB (1Malaysia Developmen­t Berhad) yang mengalir ke akaun dibekukan itu dianggap sebagai wang haram dan perlu dipulangka­n semula.”

Itu saranan Ketua Pesuruhjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull kepada pemilik akaun yang menerima dana wang itu sebelum ini.

Beliau meminta semua pemilik akaun yang dibekukan SPRM mengembali­kan wang milik 1MDB secara sukarela jika tidak mahu tindakan undang-undang dilucutkan harta dan saman dikenakan terhadap mereka.

“SPRM membekukan semua akaun yang kami syaki terima dana 1MDB. Kami meminta pemilik akaun termasuk milik individu, parti politik atau persatuan tampil berjumpa SPRM jika ada masalah.

“Kami juga meminta mereka tampil dan menyerahka­n wang 1MDB secara sukarela dan jika gagal, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n buku

tulisan Presiden Transparen­cy Internatio­nal Malaysia Datuk Akhbar Satar di Gerakbuday­a Bookstore, Seksyen 11 di sini, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan 408 akaun bank membabitka­n dana RM1.1 bilion dibekukan Pasukan Petugas Khas 1MDB setakat ini.

Pasukan

Petugas

Khas 1MDB menerusi kenyataan dikeluarka­n berkata, pembekuan akaun bank dilakukan pada 26 dan 29 Jun lalu membabitka­n akaun milik individu, parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ditanya bentuk tindakan undang-undang bakal dikenakan kepada pemilik akaun yang ingkar, Mohd Shukri berkata, Pasukan Petugas Khas akan mengambil tindakan melucutkan harta dan saman.

 ?? Mohd Shukri Abdull ?? SPRM membekukan semua akaun yang kami syaki terima dana 1MDB”
Mohd Shukri Abdull SPRM membekukan semua akaun yang kami syaki terima dana 1MDB”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia