Harian Metro

Khairy tak mahu jawatan dalam parti

-

Putrajaya: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan beliau tidak mahu memegang sebarang jawatan dalam parti ketika ini kerana mahu berehat buat sementara.

Bagaimanap­un, Ahli Parlimen Rembau yang kecundang pada Pemilihan UMNO hujung bulan lalu tidak mendedahka­n berapa lama tempoh beliau akan berehat.

Tetapi, katanya, beliau akan menjalanka­n tugas sebagai ahli parlimen seperti biasa.

“Saya sebenarnya tidak mahu memegang sebarang jawatan dalam parti buat masa ini. Kita serah kepada ahli parlimen pembangkan­g (untuk putuskan) kerana jawatan itu mesti diputuskan oleh ahli parlimen pembangkan­g. Lagipun, ahli parlimen pembangkan­g belum lagi bermesyuar­at.

“Saya mahu ambil rehat pendek dan saya mahu pastikan saya boleh bersuara dengan bebas untuk memastikan parti ini boleh diperbahar­ui,” katanya pada sidang media selepas majlis serah tugas jawatan Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan di Menara KBS di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media berkaitan desakan ahli UMNO yang mahu bekas Menteri Belia dan Sukan itu dilantik sebagai ketua pembangkan­g.

Mengulas lanjut keputusann­ya, Khairy berkata, beliau berasa terikat apabila memegang jawatan dalam parti.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai kemenangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO baru, beliau berkata dalam politik, semua pihak mesti menerima keputusan dan menyokong presiden yang dipilih secara demokratik.

Bagaimanap­un, katanya, majoriti ahli UMNO masih dahagakan pembaharua­n dalam parti keramat orang Melayu itu.

“Undi saya dengan Tengku Razaleigh (Hamzah), kalau dicampur menunjukka­n perwakilan mahukan perubahan. Ini adalah majoriti daripada perwakilan.

“Jadi, jangan kita ingat perwakilan UMNO tidak mahu bawa pembaharua­n. Cuma mungkin kerana ada banyak pilihan, tidak dapat dibuat perubahan itu,” katanya.

 ??  ?? KHAIRY
KHAIRY
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia