Harian Metro

Kontinjen Terengganu johan 2 kategori Khalifah Junior 2018

-

kanak-kanak JKM, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) di bawah seliaan JKM dan ahli Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) seluruh Malaysia.

Ketua Kontinjen Negeri Terengganu Zaharizah Abd Razak berkata, pasukan itu mengulangi kejayaan dua tahun lalu dan kemenangan kali ini adalah hasil kesungguha­n peserta yang tidak jemu mengadakan latihan meskipun di hotel penginapan.

“Kami (pasukan) juga mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Zuhaimi Omar yang sentiasa optimis dengan kemampuan peserta.

“Saya sentiasa mengingatk­an peserta supaya sentiasa melakukan yang terbaik dan alhamdulil­lah kejayaan menjadi milik kami,” katanya.

Beliau yang juga

Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak dan Perintah Khidmat Kanak-Kanak Negeri Terengganu berkata, kebanyakan peserta yang bertanding kali ini adalah bakat baru untuk diketengah­kan sebagai pelapis masa hadapan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Suriani Ahmad berkata, bakat dan kebolehan peserta jangan dipersiaka­n kerana jika dipertingk­atkan mereka mampu bersaing dengan kanak-kanak lain yang berada di luar institusi.

“Budaya kreatif berteraska­n nilai agama Islam berpaksika­n kepada al-Quran dan alSunnah perlu diteruskan sebagai sandaran kepada pembimbing dalam mendidik kanak-kanak yang mempunyai jati diri Islam yang kukuh.

“Program ini memberi peluang kepada kanakkanak untuk menyertai aktiviti lain yang dianjurkan kerajaan seperti digariskan dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak,” katanya.

Jelasnya, ini membuktika­n pihak kerajaan tidak pernah meminggirk­an kanakkanak yang berada di institut untuk turut sama menyertai aktiviti bersama masyarakat.

 ??  ?? PESERTA yang menang dalam program Khalifah Junior 2018.
PESERTA yang menang dalam program Khalifah Junior 2018.
 ??  ?? SEORANG kanak-kanak memperdeng­arkan
bacaan al-Quran.
SEORANG kanak-kanak memperdeng­arkan bacaan al-Quran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia