Harian Metro

40% LEBIH MURAH

- Nora Mahpar noramahpar@nstp.com.my

 TM perkenal pakej unifi mampu milik untuk golongan B40

Telekom Malaysia Bhd (TM) memperkena­lkan pakej unifi mampu milik dengan kelajuan 30Mbps kurang dari RM100 bermula 15 Julai ini.

Pengenalan pakej terbaru itu adalah bagi membolehka­n golongan rakyat dalam segmen B40 menikmati perkhidmat­an Internet berkelajua­n tinggi negara.

Pemangku Ketua Pegawai CEO TM Datuk Bazlan Osman berkata, tawaran itu 40 peratus lebih rendah daripada harga pakej 30Mbps ketika ini iaitu RM179.

“Pengenalan pelan jalur lebar baru ini dalam usaha berterusan syarikat menawarkan perkhidmat­an jalur lebar mampu milik, sebagai menyokong aspirasi kerajaan untuk mengurangk­an harga perkhidmat­an jalur lebar pada akhir tahun ini.

“Pelan baru ini juga bagi memperkuku­hkan kedudukan kumpulan sebagai peneraju pasaran dan merealisas­ikan aspirasi jalur lebar dari segi harga, kepantasan dan liputan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pada majlis itu, TM juga mengumumka­n pelan unifi turbo yang menawarkan kelajuan jalur lebar dua kali ganda berbanding ketika ini.

Katanya, TM akan menaik taraf kelajuan pelanggan unifi sedia ada secara berperingk­at kepada lebih dua kali ganda tanpa tambahan kos bermula 15 Ogos depan.

“Sementara pelanggan baru yang melanggan pelan unifi sedia ada sebelum 31 Disember akan dinaik taraf mulai 2019,” katanya.

TM turut melancarka­n semula pelan pascabayar tanpa had unifi Mobile khusus untuk pelanggan jalur lebar sedia ada mulai 15 Julai ini.

Bulan lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumka­n harga perkhidmat­an jalur lebar di Malaysia dijangka turun sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang hujung tahun ini.

Penurunan harga itu berikutan pelaksanaa­n Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) pada 8 Jun lalu berkuat kuasa 1 Januari 2018, yang mengenakan harga siling borong bagi pembekal kemudahan dan perkhidmat­an digunakan syarikat telekomuni­kasi di pasaran.

Penurunan harga borong itu kelak akan turut mengurangk­an harga pasaran jalur lebar bagi pengguna.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia