Harian Metro

Misi kekal gelaran Froome tiada halangan sertai Tour de France

- Reuters

Kejuaraan ke-132 Wimbledon bermula di bawah sinaran matahari dengan perlawanan bakal bermula di gelanggang luar.

Kelihatan barisan panjang peminat menanti dalam cuaca panas untuk masuk ke kejohanan yang berlangsun­g di 17 gelanggang.

Mereka yang bertuah memegang tiket Centre Court tidak sabar menyaksika­n juara bertahan, Roger Federer memulakan usaha memburu kejuaraan kesembilan berdepan pemain Serbia, Dusan Lajovic.

Juara tujuh kali, Serena Williams juga akan beraksi pada hari pertama ketika dia akan memulakan Wimbledon pertama sebagai seorang ibu.

Bagaimanap­un, kali ini tiada kelibat Andy Murray, dengan pemain pilihan British itu berkata sejurus sebelum kejohanan bahawa pinggul kanannya masih belum bersedia untuk saingan sengit Grand

Slam.

Kyle Edmund dan Johanna Konta akan mengetuai cabaran tuan rumah dan berharap tumpuan akan beralih daripada pasukan bola sepak yang mahu mencipta kegemilang­an di Russia.

Kejohanan kali ini adalah yang ke-50 sejak tenis bertukar profesiona­l pada 1968. Ketika itu, Rod Laver dan Billy Jean King melancarka­n era baru Wimbledon dan kedua-duanya akan menjadi tetamu kehormat sepanjang dua minggu kejohanan.

Pemain Switzerlan­d, Federer yang namanya akan sentiasa bersama Laver dan King dalam dunia kemasyhura­n tenis, hanya sedikit kurang untuk menyambut hari lahir ke-37, namun menjadi pilihan mengekalka­n gelaran selepas menewaskan Marin Cilic pada final, tahun lalu.

Menjejak kaki di Centre Court pada hari pembukaan ialah sesuatu yang tidak pernah diambil mudah oleh pemain itu.

“Secara jujur ia masih sesuatu yang memberi rasa gementar. Ia sesuatu yang amat besar,” kata Federer. “Selain sejarah dan tempat yang magis, anda juga tidak boleh berlatih di situ.

“Keseluruha­n suasana berubah di Wimbledon, dan anda sedar semua mata tertumpu pada anda. Tapi, saya sukakannya. Ia penghormat­an yang besar,” katanya selepas menewaskan Dusan Lajovic 6-1 6-3 6-4 di Centre Court, pada aksi pembukaan. Paris: Juara bertahan, Chris Froome sah akan menjadi antara pelumba yang memulakan kayuhan menjelang Tour de France pada Sabtu ini, selepas dibebaskan daripada tuduhan doping, semalam.

Namun, Froome yang memburu gelaran kelima tetap berdepan saingan sengit daripada pencabar lain yang sebelum ini dilihat mempunyai sedikit kelebihan kerana mungkin dia tidak akan dibenarkan bertanding.

Penganjur menarik balik larangan ke atas pelumba British itu selepas namanya dibersihka­n Pihak Berkuasa Anti Doping Dunia (WADA) dan Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) terhadap salah laku dan kesnya digugurkan.

Namun, kes itu menimbulka­n situasi tegang yang perlu ditangani sebaiknya oleh Team Sky, kerana ada pihak yang membantah keputusan berkenaan.

Nama besar dalam siri jelajah itu, Bernard Hinault pula mendesak pelumba lain untuk melakukan protes jika Froome mengambil bahagian.

Namun, tindakan penganjur, ASO mengharamk­an Froome sebelum namanya dibersihka­n membuatnya juara itu terasa dialu-alukan.

Tour de France digambarka­n

>>Federer tundukkan Marin Cilic untuk menjuarai Kejohanan Wibledon tahun lalu

 Federer jadi pilihan ungguli Kejuaraan Wimbledon ke-132

(gambar)

Dan Martin dari Ireland sebagai ‘cerita dua bahagian’ dengan bahagian pertama menampilka­n ‘laluan berbatu’ dan angin lintang, diikuti enam gunung serta empat peringkat berbukit dengan bahagian terakhir sejauh 3,351 kilometer.

Walau apa juga ujian tambahan buat Froome, perancang laluan, Thierry Gouvenou berkata, pertukaran antara laluan rata dan berbukit bakal menjadi cabaran terbesar mereka.

Peminat dijangka berada di garisan permulaan dari Noirmoutie­r di pantai Atlantik Perancis dan cabaran awal, termasuk ujian masa 35 km berpasukan pada hari ketiga.

Perjalanan ke pinggir pantai Quimper pada hari kelima pula akan melalui 10 laluan bukit.

Pereka laluan juga membina dua zon pendakian yang digeruni, Mur de Bretagne pada peringkat kelapan dan sehari kemudian mereka berdepan jalan berbatu ke Roubaix.

Terdapat juga laluan berbatu lebih dari 20km di sepanjang jalan perlombong­an lama.

Mark Cavendish dari Britain yang memenangi 30 peringkat berkata, ia adalah peringkat paling sukar Tour de France yang pernah dilihatnya dan meragui sama ada mereka mampu mendaki ke kawasan pergununga­n.

Sementara itu, pemenang jersi putih 2016, Briton Adam Yates juga meramalkan pelumba akan berdepan kesukaran pada minggu pertama. - AFP

 ?? Roger Federer ?? Keseluruha­n suasana berubah di Wimbledon, dan anda sedar semua mata tertumpu pada anda. Tapi, saya sukakannya. Ia penghormat­an yang besar”
Roger Federer Keseluruha­n suasana berubah di Wimbledon, dan anda sedar semua mata tertumpu pada anda. Tapi, saya sukakannya. Ia penghormat­an yang besar”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia