Harian Metro

Tanda harga Ronaldo RM4.7 bilion J

- Agensi

uventus akan cuba mendapatka­n Cristiano Ronaldo dari Real Madrid menerusi perjanjian yang bakal menyaksika­n bintang itu menerima 106 juta pound (RM563.56 juta) dalam tempoh empat tahun menurut satu laporan.

Ronaldo kini sedang bertenang selepas negaranya, Portugal tewas di tangan Uruguay, Sabtu lalu, yang

 Juventus tawar bintang Portugal itu gaji RM2.6j seminggu

disifatkan sebagai peluang terakhir buat pemain berusia 33 tahun itu mencipta kegemilang­an di Piala Dunia.

Pemenang lima Ballon d’Or itu mahukan kontrak baru bersama Madrid yang membuatkan­nya bergelar pemain dengan bayaran paling tinggi di dunia, tetapi presiden kelab, Florentino Perez masih berdiam diri.

Akhbar Sepanyol, Marca melaporkan gergasi Serie A, Juventus sudah bersedia menguji Ronaldo dan Madrid dengan menawarkan pakej kewangan bernilai kira-kira 500,000 pound (RM2.658 juta) seminggu untuk empat tahun.

Laporan Marca menyatakan perbincang­an sudah berlaku dan Madrid bersedia menurunkan klausa pelepasan Ronaldo kepada 886 juta pound (RM4.710 bilion) untuk merealisas­ikan perjanjian itu.

Madrid tidak gembira dengan cara Ronaldo meraikan Liga Juara-Juara dengan mengalih tumpuan daripada penjaring gol kemenangan, Gareth Bale.

Sejurus selepas kemenangan 3-1 mengatasi Liverpool di Kiev pada Mei, Ronaldo memberikan temubual dengan mengatakan adalah ‘bagus bermain buat Real Madrid’.

Pemain Portugal itu ketika sambutan trofi di Madrid memberitah­u penyokong kelab bahawa dia akan melihat mereka lagi tahun depan.

Ronaldo memiliki kontrak bersama Real hingga 2021 dan Paris Saint-Germain difahamkan menjadi pasukan utama mahu mendapatka­n tandatanga­nnya jika dia keluar dari Bernabeu.

Dia mahukan perjanjian baru — yang dikatakan olehnya sebagai janji musim panas lalu — bagi menjadikan­nya pemain dengan bayaran termahal dunia sekali lagi, dan membantuny­a mengurangk­an bebanan membayar kes cukainya.

 ??  ?? RONALDO mahukan kontrak baru bersama Madrid yang membuatkan­nya bergelar pemain dengan bayaran paling tinggi di dunia.
RONALDO mahukan kontrak baru bersama Madrid yang membuatkan­nya bergelar pemain dengan bayaran paling tinggi di dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia