Harian Metro

Mahkamah izin jaminan RM1 juta

-

Kewangan menggunaka­n jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila mengambil bahagian atau terbabit dalam keputusan bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) kepada SRC Internatio­nal.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Perdana Menteri Precint 1, Putrajaya di antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012 mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Akta 694).

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Najib yang berkot dan berseluar biru gelap dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen pada jam 9.15 pagi, kelihatan tenang ketika semua tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapny­a.

Tommy kemudian memohon kes itu dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi mengikut peruntukan Kanun Acara Jenayah.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin membenarka­n permohonan Tommy itu.

Terdahulu, Tommy memberitah­u mahkamah bahawa pihaknya menawarkan jaminan RM4 juta yang dibayar secara tunai terhadap Najib atas sebab ia adalah jumlah yang wajar.

“Walaupun kesalahan yang dilakukan adalah tidak boleh dijamin (kecuali dengan budi bicara mahkamah) bagaimanap­un kami menawarkan jaminan terhadapny­a.

“Ia adalah jumlah yang wajar kerana ia adalah 10 peratus daripada jumlah kesalahan Najib,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Shafee membantah jaminan itu dan memohon anak guamnya dikenakan jaminan antara RM500,000 dan RM800,000 kerana akaun anak guamnya kini sudah dibekukan.

“Saya memohon mahkamah mengambil kira bahawa anak guam saya adalah seorang penjawat awam dan sudah banyak memberi khidmat kepada negara. Kami boleh mencagarka­n rumah di Langgak Duta kerana nilainya lebih tinggi daripada jumlah jaminan yang diminta.

“Kami hanya mengetahui Najib akan didakwa lewat malam tadi (kelmarin), ahli keluarga dan sahabat sudah mengumpul duit bagi membayar jaminan itu, tetapi jumlahnya tidak sampai RM4 juta. Najib tidak mempunyai kesalahan lampau malah tiada kesalahan trafik,” katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak membenarka­n jaminan sebanyak RM1 juta dikenakan terhadap Najib dan dengan dua orang penjamin serta beliau perlu menyerahka­n pasport diplomatik dan pasport awam.

Selain itu mahkamah juga membenarka­n bahawa bayaran itu dibuat secara ansuran iaitu dibayar semalam dan pada Isnin depan.

Mahkamah juga sudah menetapkan tarikh perbicaraa­n pada 18 Februari tahun depan dan menetapkan 8 Ogos ini untuk pengurusan kes.

Prosiding pendakwaan Najib berakhir pada jam 12.42 tengah hari dan dua anaknya, Norashman dan Nooryana Najwa membayar jaminan itu.

 ??  ?? JURUBAHASA mahkamah membacakan kertas pertuduhan terhadap Najib Razak, semalam.
JURUBAHASA mahkamah membacakan kertas pertuduhan terhadap Najib Razak, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia