Harian Metro

Agenda tangani petaka

-

 Malaysia sudah laksana beberapa inisiatif perkasa penguranga­n risiko bencana

Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata, Malaysia sudah melaksanak­an beberapa inisiatif untuk memperkasa penguranga­n risiko bencana (DRR) dalam agenda pembanguna­nnya demi masa depan negara.

Sebagai contoh, Timbalan Perdana Menteri berkata, Panel Sains dan Teknikal mengenai DRR ditubuhkan bagi menyediaka­n panduan saintifik berkaitan pengurusan risiko bencana untuk pertimbang­an dasar, dan memberikan input berasaskan bukti bagi menyokong aktiviti operasi Platform Nasional untuk Penguranga­n Risiko Bencana.

“Penguranga­n risiko bencana akan berjaya dengan penerapan sains dan teknologi yang berkesan untuk menyokong proses membuat keputusan,” katanya ketika menyampaik­an Kenyataan Menteri pada Persidanga­n Peringkat Menteri Asia Bagi Penguranga­n Risiko Bencana (AMCDRR) di sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Pusat berkata, Malaysia juga membangunk­an Rancangan Sains, Teknologi dan Inovasi untuk DRR bagi menangani jurang pengetahua­n secara menyeluruh dan sistematik mengenai bahaya semasa dan baru muncul, termasuk mengambil pendekatan bersepadu untuk penguranga­n risiko bencana dan penyesuaia­n perubahan iklim, bagi memastikan pembanguna­n mampan.

Beliau berkata, pelaksanaa­n rancangan itu yang kini sedang menunggu pengesahan oleh kerajaan, memerlukan komitmen daripada banyak pihak berkepenti­ngan.

Dr Wan Azizah menegaskan usaha menangani cabaran bahaya gempa bumi juga amat penting di Malaysia. Beliau berkata, Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi membangunk­an Standard Malaysia (MS) untuk semua pembanguna­n masa depan bagi memastikan bangunan tahan kepada gempa bumi dan disokong oleh Peta Bahaya Gempa Bumi Kebangsaan.

Katanya, standard ini sudah digunakan di kawasan yang mempunyai kecenderun­gan berlaku gempa bumi di Sabah.

Dr Wan Azizah berkata, beberapa inisiatif sedang dilaksana untuk memajukan penguranga­n risiko bencana di peringkat tempatan, dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memimpin usaha untuk membangunk­an rangka kerja perundanga­n kebangsaan bagi penguranga­n risiko bencana yang akan berfungsi sebagai payung kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata, penubuhan platform pelbagai bahaya juga sedang dijalankan di Kuala Lumpur untuk mengurus dan menyampaik­an risiko yang lebih baik dalam meningkatk­an daya tahan bencana di bandar berkenaan.

“Dalam inisiatif ini, parameter meteorolog­i (seperti hujan, suhu dan kelajuan angin) dikurangka­n ke peringkat bandar untuk kali pertama di rantau ini, digunakan bagi menilai risiko banjir kilat, tanah runtuh, penenggela­man, angin kencang, udara pencemaran dan haba bandar.

“Projek perintis ini akan menghasilk­an sistem peramalan bahaya berbilang bandar yang pertama untuk kawasan tropika,” katanya.

AMCDRR adalah platform untuk membincang­kan mekanisme serantau dalam menangani isu mengurangk­an risiko bencana di rantau Asia Pasifik.

Lebih 3,000 wakil dari negara Asia Pasifik menyertai persidanga­n itu yang berakhir esok.

 ??  ?? DR Wan Azizah ketika menyampaik­an ucaptama pada AMCDRR di ibu negara Mongolia, semalam.
DR Wan Azizah ketika menyampaik­an ucaptama pada AMCDRR di ibu negara Mongolia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia