Harian Metro

Penghuni banglo usang ditawarkan pekerjaan

- Siti Sofia Md Nasir siti.sofia@bh.com.my

Seremban: “Saya harap kehidupan saya berubah selepas ditawarkan pekerjaan,” kata Zulkarani Ishak, 46, penghuni banglo usang di Kampung Bukit Temiang di sini.

Lelaki berkenaan ditawarkan kerja di bahagian landskap di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) oleh seorang lelaki yang mahu membantuny­a merubah hidup Zulkarani selepas membaca kisahnya yang tinggal di sebuah banglo usang dan bertemanka­n binatang liar dan berbisa.

“Memang diakui ada yang mengecam saya sebagai pemalas tetapi ada juga insan yang berhati mulia memahami situasi yang dihadapi terutamany­a berkaitan masalah kesihatan dan tempat tinggal.

“Alhamdulil­ah, esok atau lusa saya akan mula bekerja dan pihak majikan turut menyediaka­n rumah. Lepas ini saya tak perlu makan ular lagi,” katanya berseloroh.

Harian Metro pada Khamis lalu menyiarkan Zulkarani menghuni banglo usang itu bukan sahaja terpaksa berdepan dengan ancaman haiwan liar dan berbisa, malah turut melalui kejadian mistik kerana sering mendengar suara wanita ketika hendak tidur.

“Ramai yang bertanya kepada saya, bagaimanak­ah rupanya makhluk halus itu. Tetapi saya tidak pernah melihatnya kerana hanya mendengar suaranya.

“Apabila kehidupan saya sudah stabil nanti, saya akan berusaha mencari dua anak lelaki yang dalam jagaan bekas isteri dan keluarga angkat mereka,” katanya.

Sementara itu, Abd Ghafar Mohamad, 50-an yang menawarkan Zulkarani bekerja di syarikat rakannya selepas membaca kisah lelaki sebatang kara berkenaan.

“Mungkin minggu depan saya bawa dia bekerja dengan syarikat kami yang menguruska­n landskap di kawasan sekitar KLIA,” katanya.

Mahkamah Koroner semalam diberitahu guru yang juga pemilik telefon bimbit terbabit tidak pernah memarahi, memukul atau menuduh mendiang M Vasanthapi­riya mencuri alat peranti berkenaan.

Guru R Raymala, 48, berkata, dia tidak pernah mendesak Vasanthapi­riya untuk mengaku mencuri telefon bimbit miliknya sebaliknya berusaha menyelesai­kan perkara berkenaan dengan baik.

“Saya tidak pernah marah atau pukul Vasanthapi­riya. Saya hanya bertanya sama ada dia ada memasuki bilik guru ketika hari kejadian kerana rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jelas menunjukka­n wajahnya.

“Beliau akhirnya mengaku masuk ke bilik guru selepas guru lain menunjukka­n rakaman CCTV itu kepadanya dan mendakwa rakannya yang dikenali sebagai Yogamalar adalah individu yang mencuri telefon berkenaan,” katanya.

Raymala adalah saksi kelapan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan dua, Vasanthapi­riya yang meninggal dunia selepas menggantun­g diri dipercayai kerana malu akibat dituduh mencuri telefon pintar guru.

Raymala yang juga guru kelas Vasathapir­iya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist, Nibong Tebal berkata, dia bertemu dengan keluarga mendiang selepas tamat waktu sekolah kerana ditawarkan pelajar tingkatan

 Guru kelas pelajar bunuh diri nafi desak mangsa mengakui curi telefon bimbit

dua berkenaan untuk ke rumah Yogamalar.

Bagaimanap­un, katanya, Yogamalar dan keluargany­a tiada di rumah dan menyebabka­n beliau menghantar pulang Vasanthapi­riya ke rumah.

“Semasa mengiringi Vasanthapi­riya ke rumahnya, dia ada berbisik kepada saya supaya tidak memberitah­u

bapanya. “Saya menolak permintaan mendiang dan menceritak­an perkara sebenar tanpa menuduhnya mencuri, selain meminta kedua ibu bapanya tidak memarahi Vasanthapi­riya,” katanya.

Terdahulu, seorang lagi saksi, Dr Amirul Adib Ahmad Zakhi, 28, yang juga pegawai perubatan di Hospital Sungai Bakap berkata, terdapat kesan trauma lama di bahagian pergelanga­n tangan kiri berdekatan nadi.

“Ketika merawat pesakit di Wad Kecemasan, saya mengesan ada kesan trauma di bahagian leher dan kesan trauma lama di pergelanga­n tangan kiri.

“Kesan trauma di leher adalah akibat pergeseran objek tumpul manakala kesan di tangan adalah luka lama yang berkemungk­inan oleh objek tajam,” katanya.

Inkues yang didengar di hadapan Koroner Norsalha Hamzah akan bersambung esok.

Inkues dibantu pegawai pengendali yang juga Pengarah Pendakwaan negeri Yusaini Amer Abdul Karim dan J G Kameni.

Vasanthapi­riya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya pada 3.35 pagi, 1 Februari lalu selepas tidak sedarkan diri akibat menggantun­g diri di rumahnya.

 ??  ?? ZULKARANI
ZULKARANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia