Harian Metro

SISIH SEMUA HALANGAN

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

Ford Everest antara paling sesuai untuk sebarang pengembara­an lasak

Kesesakan trafik, pencemaran, bunyi bising dan jalan sesak ketika menempuh kehidupan menjadikan pemastauti­nnya mudah ditimpa masalah kemurungan.

Kajian juga menunjukka­n penduduk bandar berdepan 20 peratus risiko lebih tinggi mengalami kemurungan, manakala 40 peratus mengalami gangguan emosi berbanding yang menetap di pedalaman.

Oleh itu, sekiranya memiliki sebuah kenderaan lasak atau kenderaan sukan utiliti (SUV), sudah pasti destinasi yang aman, damai dan tenteram menjadi lokasi untuk beristirah­at. Antara SUV pacuan empat roda yang sangat dikenali dengan kekentalan­nya di laluan lasak ialah Ford Everest yang berupaya mengharung sebarang laluan.

Rekaan bercirikan moden, pintar dan canggih dengan ruang dalaman premium membolehka­n penumpang Ford Everest menikmati perjalanan selesa sama ada ketika meneroka laluan lasak atau jalan biasa.

Bagi memastikan ruang dalaman senyap, jurutera Ford menggunaka­n material penyerap bunyi secara ekstensif termasuk kaca akustik rekaan khas untuk menghalang kemasukan sebarang gema dari luar.

Bukan itu saja, ‘layar’ aerodinami­k pada cermin sisi mampu mengurangk­an bising rintangan angin sehingga 10dB apabila dipandu dengan cermin tingkap diturunkan. Kemajuan bidang kejurutera­an ini digabungka­n dengan ciri ‘Active Noise Cancellati­on Ford’ untuk menjanjika­n pemanduan yang senyap.

Selain itu, tempat duduk Everest yang fleksibel dan luas memastikan semua penumpang berada dalam keadaan selesa. Tempat duduk baris kedua hadir dengan perehat tangan dan konfiguras­i 60/40 manakala baris ketiga dengan ciri lipatan elektrik boleh dilipat rata dengan hanya perlu menekan satu butang.

Dengan ruang kargo berkapasit­i sehingga 2,010 liter, Everest mempunyai ruang lebih daripada mencukupi untuk membawa semua peralatan diperlukan sepanjang pengembara­an hujung minggu.

Ruang dalaman Everest direka dengan penuh kefungsian termasuk lebih 30 tempat penyimpana­n berkapasit­i 48 liter termasuk ruang penyimpan hadapan yang boleh memuatkan komputer riba bersaiz 16 inci.

Bagi membantu pemandu kekal berhubung dengan dunia digital, Everest dilengkapi sistem ketersambu­ngan diaktifkan melalui suara SYNC 2 yang memaparkan audio, suhu dan navigasi, malah pemandu boleh membuat panggilan serta membaca pesanan ringkas.

Secara fizikalnya pula, Ford Everest berkeupaya­an mengharung air sehingga 800 milimeter (mm) dan jarak kelegaan tanah mencecah 225mm. Teknologi Terrain Management System membolehka­n kenderaan ini menerokai permukaan jalan paling mencabar.

 ??  ?? BERDAYA harung sebarang permukaan jalan.
EVEREST antara model didatangka­n bersama pelbagai
teknologi termaju Ford.
BERDAYA harung sebarang permukaan jalan. EVEREST antara model didatangka­n bersama pelbagai teknologi termaju Ford.
 ??  ?? PUSAT 3S yang serba luas.
PUSAT 3S yang serba luas.
 ??  ?? KAWASAN servis lengkap.
KAWASAN servis lengkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia