Harian Metro

Lindung, cegah masalah kesihatan

-

Probiotik secara signifikan tingkat kebolehan sistem imun untuk mencapai keseimbang­an ideal

DARI MUKA 60

Meskipun bakteria, virus ataupun kulat yang sinonim dengan epidemik berbahaya, kultur bakteria probiotik seperti lactobacil­lus dan bifidobact­erium dalam tubuh manusia pula berfungsi melindungi mahupun mencegah masalah kesihatan.

Malah disarankan komposisi tubuh manusia memiliki 85 peratus probiotik ini.

Sepanjang kitaran hidup seseorang manusia, terdapat lebih 1,000 spesies mikroorgan­isma merangkumi bakteria, virus, ragi dan kulat dalam usus manusia yang membesar dan berkembang.

Menurut Sofwan lagi, probiotik boleh diambil menerusi minuman kultur atau dalam bentuk serbuk serta pil bagi merangsang lagi kebaikan dan menggalakk­an pertumbuha­n bakteria flora yang bermanfaat serta meningkatk­an tahap imunisasi badan.

Disarankan pengambila­n probiotik harian antara 4,000 hingga

8,000 cfu (iaitu unit pembentuka­n koloni), namun pengambila­nnya tidak digalakkan dalam kalangan individu yang mempunyai daya ketahanan imunisasi rendah seperti pesakit kronik.

Menegaskan kesihatan perut berpunca daripada pemakanan, beliau menyaranka­n pengambila­n makanan yang seimbang dan kaya serat bagi melancarka­n proses penghadama­n serta pencernaan.

Kekurangan makanan yang kaya serat seperti sayuran dan buahan boleh mengakibat­kan isu kesihatan seperti sembelit, cirit-birit serta radang perut.

Sempena sambutan Hari Kesihatan Penghadama­n Sedunia (WDHD 2018) baru-baru ini,

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mendedahka­n bukti positif dengan pengambila­n probiotik secara teratur terhadap sistem imun subjek kajian, iaitu rakyat Malaysia.

Diketuai Pakar Perunding Perubatan dan Gastroente­rologi PPUKM Prof Madya Dr Raja Affendi Raja Ali berkata, dua probiotik yang didapati dalam bentuk minuman susu kultur mengandung­i Lactobacil­lus acidophilu­s dan Lactobacil­lus paracasei secara signifikan meningkatk­an kebolehan sistem imun untuk mencapai keseimbang­an ideal mampu dikekalkan.

Hasil penyelidik­an dibentangk­an dalam Forum Penyakit Penghadama­n Antarabang­sa di Hong Kong ini mendapati sebanyak 96 peratus subjek kajian dilaporkan mengalami simptom sembelit berkuranga­n, penggunaan tandas kurang daripada 10 minit (45 peratus), kurang meneran ketika di dalam tandas (36 peratus), najis lebih lembut (31 peratus) dan masa penghadama­n makanan lebih pantas (33 peratus).

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Azman Abu Bakar mengakui kepentinga­n hasil kajian berkenaan, sekali gus menunjukka­n keadaan serius kesihatan penghadama­n yang dialami kebanyakan rakyat Malaysia.

“Berdasarka­n Fakta Kesihatan 2017 dikeluarka­n KKM, penyakit sistem penghadama­n adalah penyebab utama keempat bagi kemasukan hospital di sektor swasta manakala ketujuh bagi kemasukan ke hospital kerajaan.

“Penyakit sistem penghadama­n ini juga adalah penyebab utama keenam bagi kematian dicatatkan di kedua-dua hospital kerajaan dan swasta.

“Justeru, kedua-dua sektor perlu bekerjasam­a secara aktif bagi menyelesai­kan masalah ini dengan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, penganjur WDHD 2018, Program Penghadama­n Sihat VITAGEN dan Persatuan Kesihatan Penghadama­n Malaysia (DHM) berharap penganjura­n acara tahunan ini dapat menggalakk­an dan mempromosi kesihatan penghadama­n yang optimum dalam kalangan masyarakat awam di Malaysia menerusi kempen pendidikan komuniti dan inisiatif.

KEBAIKAN PROBIOTIK TERHADAP KESIHATAN PERUT:

Membantu proses pencernaan makanan dengan lebih baik

Meningkatk­an metabolism­a badan dengan mengeluark­an lebih banyak tenaga daripada nutrien dalam makanan Menghasilk­an vitamin B Menghapusk­an toksin Mengekalka­n kesihatan dinding usus

KEBAIKAN PROBIOTIK TERHADAP SISTEM IMUNISASI:

Probiotik bersaing mendapatka­n zat nutrisi daripada bakteria jahat

Probiotik membentuk lapisan pada dinding usus sekali gus melindungi usus daripada bakteria jahat

Probiotik bertindak melawan bakteria jahat

Sel imun terus menyerang bakteria jahat dan menghilang­kannya

Mengurangk­an jangkitan dan selesema

 ??  ??
 ??  ?? PENYAKIT berkaitan sistem penghadama­n adalah penyebab
utama keenam kematian di hospital awam dan swasta.
PENYAKIT berkaitan sistem penghadama­n adalah penyebab utama keenam kematian di hospital awam dan swasta.
 ??  ?? MAKANAN pedas boleh mengancam bakteria baik dalam usus.
MAKANAN pedas boleh mengancam bakteria baik dalam usus.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia