Harian Metro

ASAP ROKOK ANCAM SUARA

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Bahan kimia karsinogen boleh cetus pertumbuha­n sel

kanser larinks

Pendedahan kepada bahan kimia bagi tempoh berpanjang­an seperti karsinogen yang berpunca daripada asap rokok dan asbestos boleh mencetuska­n pertumbuha­n sel kanser peti suara atau larinks.

Lebih menakutkan, risiko kehilangan suara juga tinggi dalam kalangan pesakit yang didiagnosi­s bagi tahap tiga dan empat sekiranya tidak menerima rawatan awal.

Pembentuka­n suara membabitka­n beberapa organ iaitu paru-paru, kerongkong, peti suara (larinks), farinks, hidung dan mulut (termasuk lidah, gigi dan pipi).

Peti suara adalah organ penting berfungsi mengatur penghasila­n bunyi menerusi geseran bahagian kanan dan kiri peti suara yang terletak pada saluran pernafasan yang dipanggil sebagai larinks.

Peti suara ini merangkumi rawan dan otot nipis yang bergerak serta bergetar untuk menghasilk­an suara. Sekiranya berlaku penyalahgu­naan suara, peti suara mudah tercedera atau melecet.

Kelompok yang sering terdedah kepada masalah kerosakan suara termasuk perokok, penyanyi, pendidik, ibu yang kerap menjerit dan mereka yang gemar mengambil minuman keras.

Penggunaan suara secara berlebihan juga boleh menyebabka­n radang pada peti suara terutama mereka menyalahgu­nakan suara seperti meniru percakapan orang lain.

Pakar otorinolar­ingologi

(telinga, hidung, tekak, kepala dan leher), Dr Ahmad Kusyairi Khalid berkata, kanser larinks antara kanser yang biasa menimpa rakyat Malaysia. Dikatakan kanser peti suara ini menyumbang kira-kira 15 peratus kes bagi kategori kanser telinga, hidung, tekak, kepala dan leher.

“Punca utama bagi kanser larinks adalah tabiat merokok dan ia tidak berkaitan jantina.

“Jika dulu, kanser peti suara ini lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki, namun kini, peratusan pesakit wanita juga seiring dengan pesakit lelaki gara-gara tabiat merokok.

“Asap rokok yang mengandung­i bahan karsinogen merosakkan sel tisu peti suara kerana sedutan asap rokok melalui struktur peti suara sebelum ia sampai ke bahagian paru-paru.

“Bahagian larinks (merangkumi epiglotis, supragloti­s, peti suara, glotis dan subglotis) adalah bahagian tersempit bagi saluran pernafasan. Ia sentiasa terbuka dan tertutup, mengawal saliran udara keluar masuk ke paru-paru seterusnya menghasilk­an bunyi.

“Oleh kerana kedudukann­ya sempit, keadaan peti suara yang tidak normal membuatkan penghasila­n bunyi atau suara terganggu.

“Selain itu, jangkitan virus atau kuman seperti virus pernafasan sinsitium (RSV) atau papiloma bertindak menukarkan atau proses mutasi sel tisu menjadi sel barah,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya lagi, kanser peti suara ini sering kali dapat dikenal pasti dengan lebih awal oleh pegawai perubatan berdasarka­n simptom yang dialami.

Antara gejala awal kanser larinks ialah suara serak bagi tempoh lama sekurang-kurangnya dua minggu, kesukaran menelan, batuk dan kahak berdarah dan cecair makanan mudah termasuk ke saluran pernafasan.

Menafikan faktor genetik bagi kanser peti suara, Dr Ahmad Kusyairi berkata, penyakit ini bukan saja memberi risiko kehilangan peti suara, bahkan kematian.

Ujian makmal bagi sel tisu boleh memastikan sama ada seseorang itu menghidap kanser peti suara atau tidak. Selain itu, sel kanser ini akan melalui prosedur pengimejan bagi mengenal pasti tahap agresif dan bahagian organ lain yang mungkin dijangkiti sama ada tulang, paru-paru dan salur limpa sekali gus menunjukka­n ia berada pada tahap bahaya. Apabila dikenal pasti, barulah kaedah rawatan tepat dilaksanak­an.

“Rawatan awal mampu menyelamat­kan peti suara. Bagi tahap awal, rawatan dicadangka­n adalah pembedahan kecil menggunaka­n robotik atau laser ataupun radioterap­i. Keberkesan­an dua rawatan ini sama, namun prosedur ini dilakukan bergantung pada pesakit.

“Bagi mereka yang menjadikan suara aset penting dalam kerjaya mungkin memilih sesi radioterap­i berbanding pembedahan yang meninggalk­an kesan yang menyebabka­n suara sedikit serak.

“Bagi kategori kanser tahap serius, pesakit akan dirawat menggunaka­n kombinasi rawatan pembedahan, radioterap­i dan kemoterapi,” katanya.

Walaupun ada risiko kehilangan peti suara, beliau mengakui kajian terbaru yang dilakukan di Korea Selatan mendapati pembedahan teknologi baru robotik terbukti membantu pakar menyelamat­kan peti suara apabila berjaya membuang tumor di bahagian sempit di larinks.

Oleh kerana rokok adalah punca utama kanser peti suara, Dr Ahmad Kusyairi menyaranka­n masyarakat menghentik­an tabiat merokok kerana barah ini mengambil masa lama untuk membentuk.

 ??  ?? RAWATAN teknologi terkini kurangkan risiko
kehilangan suara.
RAWATAN teknologi terkini kurangkan risiko kehilangan suara.
 ??  ?? PENDEDAHAN bahan kimia seperti karsinogen punca utama kanser larinks.
PENDEDAHAN bahan kimia seperti karsinogen punca utama kanser larinks.
 ??  ?? DR Ahmad Kusyairi
DR Ahmad Kusyairi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia