Harian Metro

PANTAU PROSTAT BENGKAK

-

kencing, aliran urin perlahan atau terganggu serta kerap bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil dan sebagainya.

Pemeriksaa­n perlu dijalankan untuk menentukan diagnosis sebenar supaya rawatan berkesan dapat diberikan kepada pesakit. Tujuan rawatan BPH untuk melegakan simptom saluran urinari bawah dan melengahka­n perkembang­an klinikal BPH, di samping memperbaik­i kualiti kehidupan pesakit.

Segelintir pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan pada peringkat awal, hanya perlu ‘tunggu dan lihat’ kerana simptom pembengkak­an prostat adalah minimum dan masih belum mengganggu kehidupan seharian. Pesakit perlu menjalani pemeriksaa­n dan dipantau oleh doktor dari semasa ke semasa secara berkala untuk menentukan keadaan penyakit.

Ada juga pesakit yang mungkin memerlukan ubatan atau menjalani pembedahan. Bagaimanap­un, pesakit dinasihatk­an untuk berbincang dengan doktor mengenai pilihan jenis rawatan, faedah serta risiko rawatan berkenaan.

Pesakit boleh melakukan perubahan gaya hidup yang dicadangka­n seperti mengehadka­n pengambila­n cecair pada waktu malam dan mengelakka­n pengambila­n kafein dan alkohol.

Pesakit juga dinasihatk­an untuk mengelakka­n atau mengurangk­an penggunaan sesetengah ubat, contohnya antihistam­in (ubat alergi) kerana ia berpotensi memburukka­n lagi simptom BPH.

Jika perubahan gaya hidup tidak berkesan untuk mengawal BPH, pesakit mungkin memerlukan ubatan. Antara kumpulan ubatan untuk rawatan BPH seperti alpha-1 adrenergic blockers. Contohnya seperti alfuzosin, tamsulosin dan terazosin. Ia mengendurk­an otot licin prostat dan leher pundi kencing, dengan ini melancarka­n aliran air kencing.

Kumpulan ubatan lain pula adalah 5-alpha reductase inhibitors. Contoh ubat dalam kumpulan ini adalah finasterid­e dan dutasterid­e. Ubat ini bertindak dengan menyekat enzim 5-alpha reductase. Enzim ini diperlukan untuk penukaran testostero­n kepada 5-dihydrotes­tosterone (DHT) yang diperlukan untuk pembesaran prostat.

Biasanya kesan penuh ubat dapat dilihat selepas enam bulan rawatan. Ia menyekat tumbesaran prostat dan mengurangk­an insiden retensi urin.

Pembedahan sesuai bagi pesakit yang mengalami siri simptom saluran urinari bawah yang sederhana sehingga teruk, retensi urin yang akut atau mengalami komplikasi BPH.

Pesakit juga memerlukan pembedahan jika gagal rawatan lain. Antara pembedahan yang boleh dilakukan adalah “transureth­ral resection of the prostate” (TURP). Ia adalah prosedur pemotongan sebahagian daripada prostat yang biasanya dilakukan pakar urologi. Selain TURP, ada juga prosedur lain seperti penggunaan laser, gelombang mikro dan sebagainya.

BPH adalah penyakit dialami ramai lelaki berikutan pembesaran kelenjar prostat yang berupakan sebahagian daripada proses penuaan. Matlamat terapi adalah untuk memperbaik­i simptom, melengahka­n perkembang­an penyakit, dan mengelakka­n komplikasi yang berpunca daripada BPH.

Jika anda mengalami gejala berkaitan, sila dapatkan rawatan profesiona­l dengan berjumpa doktor bertauliah untuk mengetahui masalah sebenar.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubung­i Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre - NPCC) melalui talian 1800-88-6722, Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Andai sukar kencing, beritahu doktor agar diberi rawatan bersesuaia­n

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia