Harian Metro

Nampak najis di karpet sesudah solat

-

pernah bersolat di atas karpet kemudian mendapati ada najis kucing di salah satu penjurunya. Sebelum itu, tempat itu didapati bersih.

Adakah solat saya tidak sah?

Amran,

Port Dickson

hendaklah dilakukan dalam keadaan diri, pakaian dan tempat yang suci. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.” (Surah alMuddatst­sir: 4)

Bagi menyelesai­kan masalah karpet yang terkena najis itu, perlu dibezakan sesuatu yang menanggung najis dengan yang tidak menanggung najis. Contohnya, pakaian terkena najis dianggap menanggung najis, maka ia tidak sah dibawa solat.

Jika di bawah lapik kaki, maka ia tidak dianggap menanggung najis dan sah solatnya. Dalam hal sejadah atau karpet yang di hujungnya terdapat najis, solat masih sah kerana ia tidak menanggung najis.

Namun, sekiranya terkena najis itu maka ia membatalka­n solat. Sebelum solat, sediakanla­h sejadah putih dan sentiasa periksa tempat solat supaya pasti bersih.

Jabir bin Abdullah berkata, bahawa Rasulullah SAW pernah menceritak­an mengenai lima kelebihan diberikan kepada beliau tetapi tidak diberikan kepada nabi lain.

Satu daripadany­a adalah Allah SWT menjadikan seluruh bumi sebagai tempat bersujud (bersih dan suci), iaitu untuk bersolat dan boleh digunakan bagi bersuci bertayamum. (alNasai)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia