Harian Metro

SENTUHAN MENJADI

 Peng Soon, Liu Ying belum ‘berkarat’, mara final

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying membuktika­n sentuhan mereka belum ‘berkarat’ apabila mengesahka­n tempat ke final Terbuka Indonesia buat kali pertama sepanjang kerjaya mereka.

Kejayaan itu hadir selepas menumbangk­an pasangan nombor dua dunia dari China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong 21-18, 21-16 dalam aksi separuh akhir di Istora Senayan, Jakarta, semalam.

Kelmarin, pasangan ke-15 dunia itu turut cemerlang apabila menyingkir­kan beregu nombor satu dunia dari China, Wang Yilyu-Huang Donging 21-19, 21-14 pada suku akhir.

Aksi final hari ini menyaksika­n Peng Soon-Liu Ying bertemu pasangan tuan rumah, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir yang mara selepas menewaskan rakan senegara, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja 21-18, 21-8 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Menariknya, pertembu- ngan Peng Soon-Liu Ying dengan Tontowi-Liliyana akan menjadi aksi ulangan final Olimpik Rio 2016 yang juga pertembung­an terakhir kedua-dua pasangan itu.

Ketika itu, Peng Soon-Liu Ying terpaksa akur apabila meraih perak.

Kali ini, situasi pasti lebih berbeza dengan Tontowi-Liliyana akan mendapat sokongan padu ribuan penonton tuan rumah yang dijangka membanjiri stadium tetapi Peng Soon-Liu Ying menegaskan mereka tidak gentar dan berjanji akan melakukan yang terbaik.

“Saya sedar kelebihan memihak kepada Tontowi-Liliyana kerana mereka mendapat sokongan padu penonton di sini. Kami bukan saja menentang Tontowi-Liliyana esok tapi kami juga menentang sorakan peminat mereka, jadi kami akan buat persiapan terbaik dari aspek mental dan fizikal.

“Apa yang kami lalui (menang ke atas dua beregu utama dunia) untuk ke final akan menjadi motivasi buat kami bagi menghadapi aksi final esok. Diharapkan kami mampu meneruskan rentak kami dalam kejohanan ini,” kaa Liu Ying.

Sementara itu, jurulatih beregu campuran negara, Chin Eei Hui lebih gemar menganggap anak didiknya sebagai bukan pilihan berdasarka­n rekod pertemuan kedua-dua pasangan sebelum ini yang mana Tontowi-Liliyana menang sembilan daripada 10 perlawanan.

“Peng Soon-Liu Ying tidak rugi apa-apa kerana kelebihan memihak kepada Tontowi-Liliyana berdasarka­n rekod pertemuan. Lagipun, menentang wakil Indonesia di depan penyokong mereka sendiri bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

 ??  ?? PENG Soon (kanan) dan Liu Ying ketika bertemu Zheng Siwei dan Huang Yaqiong dari China pada Terbuka Indonesia, semalam.
PENG Soon (kanan) dan Liu Ying ketika bertemu Zheng Siwei dan Huang Yaqiong dari China pada Terbuka Indonesia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia