Harian Metro

Anggota APM nyaris dipatuk ular

-

Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) nyaris dipatuk ular tedung selar ketika cuba menangkap haiwan berbisa itu di belakang dapur sebuah rumah di Kampung Kawang di sini, kelmarin.

Dalam operasi jam 2 petang itu, anggota APM Papar segera ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan awam berhubung haiwan berbisa itu.

Pegawai Pertahanan Awam Papar, Leftenan Abdul Razaq Basir, berkata keadaan itu memaksa pihaknya mendapatka­n bantuan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar dan Unit Penyelamat Hidupan Liar Sabah (WRU) dari Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk menangkap ular berkenaan.

“Ketika cuba menangkapn­ya, pihak kami mengalami kesukaran kerana tidak mempunyai peralatan yang mencukupi, malah ada anggota kami, termasuk saya sendiri hampir dipatuk ular berkenaan.

“Oleh itu, kami memutuskan untuk meminta bantuan daripada BBP Papar dan WRU untuk menangkap ular tedung berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, APM Papar menerima panggilan daripada Mohd Ishak, 40, pada jam 1.35 petang kelmarin mengenai seekor ular tedung selar yang ditemui di belakang dapur rumahnya di kampung itu

Katanya, Mohd Ishak menyedari kehadiran ular itu apabila melihatnya menjalar di bawah timbunan papan di belakang dapur rumahnya sebelum menghubung­i APM bagi mendapatka­n bantuan menangkapn­ya.

“Haiwan berbisa seberat kira-kira lapan kilogram itu berjaya ditangkap anggota BBP,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia