Harian Metro

‘Cikgu jangan beri banyak kerja rumah’

-

Chiang Rai (Thailand): “Jangan risau kami semua sihat dan kuat. Banyak makanan yang mahu dijamah sebaik keluar dari sini. Kami tidak sabar pulang.”

Begitu kata 12 budak lelaki yang terperangk­ap dalam gua bersama jurulatih bola sepak mereka selepas berhubung buat kali pertama dengan ibu bapa yang menunggu di luar melalui surat dikirimkan penyelam ketika usaha diteruskan untuk mengeluark­an mereka dari situ.

Nota ringkas dituliskan setiap budak menunjukka­n mereka masih mampu ceria walaupun rindukan keluarga dan masing-masing berusaha meyakinkan bahawa semuanya baik.

Malah mereka sempat bergurau apabila satu nota turut memesan: “Cikgu, janganlah berikan kami terlalu banyak kerja rumah nanti.”

Surat berkenaan dimuat naik laman Facebook unit SEAL, semalam dengan penjelasan ia dibawa keluar pada lewat Jumaat.

Bagaimanap­un, nasib sebenar mereka masih sukar diramalkan selepas lebih 10 hari terperangk­ap dalam gua Tham Luang.

Lokasi kanak-kanak itu mengambil tempoh perjalanan pergi-balik selama 11 jam dengan laluan sejauh 4 kilometer yang gelap, berliku-liku dan amat sempit. Mereka turut berdepan risiko akibat hujan selain kehabisan tahap oksigen.

Seorang bekas penyelam SEAL Thai, Saman Kunan meninggal dunia kelmarin akibat kekurangan oksigen selepas berenang keluar dari gua berkenaan.

Semalam, lebih 100 ‘serombong’ mula digerudi di sisi gunung sebagai laluan baru untuk mengeluark­an mereka dari atas sekiranya ruang gua terus banjir dan berisiko untuk menyelam keluar.

“Sebahagian lubang mencecah sehingga 400 meter dalam, tetapi penyelamat masih gagal mencari lokasi mereka kerana tiada teknologi untuk menentukan tempat tepat mereka. Kami cuma menganggar­kan mereka berada 600 meter di bawah,” kata Narongsak Osottanako­rn kepada wartawan. - Agensi

 ??  ?? PETUGAS kesihatan bersedia memberi bantuan perubatan di luar gua Than Luang. - AFP
PETUGAS kesihatan bersedia memberi bantuan perubatan di luar gua Than Luang. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia