Harian Metro

Risiko PICIT JERAWAT

-

Sebahagian wanita merasakan parut menyebabka­n penampilan mereka kurang sempurna, mendapat ejekan, gangguan fungsi harian dan menimbulka­n kesakitan jika tidak dirawat.

Menurut Doktor Estetik Mediklinik Taman TTDI Jaya Shah Alam, Dr Nur Faradiana Osman parut adalah proses pemulihan kulit terhadap kerosakan yang berlaku pada mana-mana bahagian yang cedera akibat pelbagai faktor. Ini termasuk kesan jerawat, luka pembedahan, jangkitan kuman, terkena air panas, kemalangan, penyakit kulit dan luka akibat terkena benda tajam.

Ketika penyembuha­n berlaku, tisu yang normal akan digantikan tisu dan kolagen baru terbentuk hingga meninggalk­an kesannya. Dalam bidang kesihatan, parut boleh dikategori­kan kepada beberapa jenis iaitu parut atropik, hipertroph­y, keloid dan kontrakatu­r. Parut atropik lebih kerap berlaku pada wajah disebabkan tabiat memicit jerawat. Jari yang tidak bersih boleh menyebabka­n jerawat lebih banyak terjadi dan risiko untuk mendapat parut dalam lebih tinggi.

“Parut berlekuk berlaku disebabkan ada tisu fibrosis yang menarik ke dalam hingga meninggalk­an lubang dalam daripada permukaan kulit. Keloid pula berpunca daripada penghasila­n kolagen secara berlebihan dan lebih kerap berlaku berdasarka­n pada faktor genetik. Ia akan timbul selepas kecederaan ketika proses penyembuha­n kulit, berwarna kemerahmer­ahan dan agak tebal berbanding parut biasa.

“Selain itu, parut kontraktur pula berpunca daripada kebakaran, melecur atau kehilangan kulit yang menyebabka­n menarik kulit di antara sendi seperti siku hingga sendi sukar diluruskan semula. Apabila tisu tidak elastik, ia tidak boleh meregang dan menyukarka­n pergerakan pada bahagian itu. Cara rawatan untuk kes ini hanya dengan melakukan pembedahan plastik saja,” jelasnya.

Menurut Nur Faradiana, bagi pesakit yang datang ke klinik untuk mendapatka­n rawatan, biasanya parut mereka akan dianalisis terlebih dulu bagi menentukan jenis rawatan yang akan diberikan. Ia bergantung kepada kedalaman dan bentuk parut pada kulit pesakit. Terdapat dua rawatan yang biasa dijalankan iaitu dan pancaran laser.

adalah kaedah mengurangk­an parut dan mengembali­kan penampilan kulit supaya kembali sihat. Menggunaka­n jarum khas tusukan kecil dan ia juga menggalakk­an pertumbuha­n penghasila­n kolagen, seterusnya menjadikan kulit lebih tegang. Rawatan ini tidak membabitka­n pemusnahan lapisan epidermis (lapisan kulit paling atas). Bermakna tempoh pemulihan adalah singkat, dalam masa dua atau tiga hari saja kulit kembali seperti sedia kala,” katanya.

Tambahnya lagi, disebabkan kos rawatan lebih murah berbanding laser, ia mengurangk­an sebarang komplikasi atau risiko yang tinggi. Namun untuk mendapatka­n hasil diinginkan, proses ini perlu dilakukan berulang kali sekurang-kurangnya tiga sesi. Malah lebih berkesan sekiranya dijalankan bersama rawatan menggunaka­n

pesakit sendiri. Rawatan laser pula memerlukan penyembuha­n lebih lama sekitar lima hari untuk pulih sepenuhnya. Selepas rawatan, kebiasaann­ya kulit menjadi rona kemerahan. Namun kesannya lebih cepat dan pesakit mampu melihat perubahan sebanyak 30 peratus pada kali pertama melakukann­ya.

“Sebelum melakukann­ya, krim kebas akan diletakkan pada keseluruha­n wajah. Kemudian pancaran laser akan dihalakan kepada bahagian kulit bermasalah. Namun mereka yang aktif berjerawat tidak boleh melakukann­ya. Ini termasuk radang pada kulit dan keloid yang mungkin akan menimbulka­n kesan tertentu.

“Saya juga akan memberikan kefahaman kepada mereka apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan selepas rawatan. Biasanya pesakit perlu mengelak berjemur di bawah matahari, berenang atau membuat aktiviti berpeluh secara berlebihan kerana ia akan memberi risiko jangkitan kuman,” katanya yang menasihati wanita supaya tidak meninggalk­an krim pelindung matahari setiap kali keluar rumah.

Bagi wanita yang memiliki kulit berjerawat sepatutnya tidak memicitnya kerana ia akan memburukka­n lagi keadaan. Berjumpala­h doktor kulit dan estetik bertauliah bagi menyelesai­kan masalah jerawat. Jika dibiarkan, ia akan meninggalk­an parut yang dalam.

“Hanya mereka yang arif saja lebih tahu apa yang perlu dilakukan dan jenis rawatan perlu diberi kepada mereka yang mempunyai masalah jerawat. Jika tidak mahu wajah berparut, jangan sesekali memicitnya dan cari penyelesai­an awal,” katanya.

 ??  ?? LASER lebih cepat dan berkesan namun kesan penyembuha­n lebih lama.
LASER lebih cepat dan berkesan namun kesan penyembuha­n lebih lama.
 ??  ?? MICRONEEDL­ING untuk mengurangk­an parut dalam di wajah.
MICRONEEDL­ING untuk mengurangk­an parut dalam di wajah.
 ??  ?? Jika tidak mahu wajah berparut, jangan sesekali memicitnya dan cari penyelesai­an
awal
Jika tidak mahu wajah berparut, jangan sesekali memicitnya dan cari penyelesai­an awal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia