Harian Metro

TANGGUH JUAL TAHFIZ

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

 Kerajaan negeri, pelbagai pihak sedia bantu tahfiz Ustaz Kazim

Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah, Datuk Ustaz Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menangguhk­an sementara keputusann­ya menjual Unit Tahfiz Al Quran Al Barakah di Manjoi, di sini.

Keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima reaksi daripada pelbagai pihak termasuk daripada kerajaan negeri yang sudi berbincang dan membantu pengurusan pusat pendidikan berkenaan.

Ustaz Kazim berkata, beliau menerima panggilan daripada wakil kerajaan negeri pagi semalam yang memaklumka­n mahu mengadakan perbincang­an dengannya mengenai masalah dihadapi pusat pendidikan berkenaan.

Katanya, perbincang­an akan dilakukan selepas ini dengan kerajaan negeri dan beberapa pihak yang menyatakan hasrat membantu sebelum sebarang keputusan dilakukan.

“Perbincang­an akan dilakukan selepas ini dengan beberapa agensi yang ingin membantu sebelum saya akan mengumumka­nnya bulan hadapan sama ada menjual atau meneruskan unit tahfiz ini.

“Keputusan akan dibuat pada Ogos kerana sekiranya keputusan menjual unit tahfiz ini kekal, saya perlu memikirkan nasib pelajar yang terpaksa mencari pusat tahfiz baru dan tempoh empat bulan sehingga Disember memadai untuk mereka mencari pusat tahfiz baru,” katanya pada sidang media di pusat berkenaan, semalam.

Semalam, Ustaz Kazim ketika ditemui mengesahka­n akan menjual unit tahfiz di pusat berkenaan selepas tidak mampu membiayai kos keseluruha­n unit tahfiz berkenaan berjumlah kira-kira RM150,000 sebulan.

Penjualan unit tahfiz berkenaan viral di laman sosial selepas dimuat naik ejen di laman mudah.my dengan harga jualan RM5juta.

Ustaz Kazim berkata, beliau tidak pernah meminta dana daripada mana-mana pihak sebelum ini untuk menguruska­n pusat berkenaan dan keseluruha­n kos dibiayai menggunaka­n wang hasil kuliah, ceramah serta penjualan produk seperti buku dan cakera padat miliknya.

Namun katanya, kos pentadbira­n sekolah itu kini tidak mampu dibiayainy­a disebabkan kuliah dan ceramahnya dibatalkan pada saat akhir sehingga menyebabka­n sumber pendapatan digunakan untuk membiayai pusat berkenaan terjejas.

“Saya tidak pernah minta dana daripada mana-mana pihak termasuk daripada parti politik untuk menguruska­n pusat pendidikan ini namun sejak lepas Pilihan Raya Umum (PRU) bagaikan ada tangan ghaib cuba menghalang saya menyampaik­an ceramah.

“Saya tidak tuduh sesiapa dan tidak mahu tuduh sesiapa kerana ceramah saya dibatalkan penganjur pada saat akhir dan ada dibatalkan selepas saya dah sampai di bilik menunggu,” katanya.

 ??  ??
 ?? Ustaz Kazim ?? Perbincang­an akan dilakukan selepas ini dengan beberapa agensi yang ingin membantu”
Ustaz Kazim Perbincang­an akan dilakukan selepas ini dengan beberapa agensi yang ingin membantu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia