Harian Metro

Kerajaan Perak cari jalan terbaik

-

Ipoh: Kerajaan Perak akan berbincang dengan pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi membolehka­n pusat berkenaan terus beroperasi.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri komited membantu pusat yang dimiliki penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias demi kepentinga­n pelajar dan kakitangan pusat berkenaan.

“Untuk makluman, kerajaan negeri tidak dimaklumka­n mengenai kekangan dana yang dihadapi pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah sehingga isu berkenaan dilaporkan media dan ditularkan di media sosial.

“Saya komited untuk membantu pengurusan pusat berkenaan demi kepentinga­n pelajar dan kakitangan­nya.

“Saya juga menyambut baik keputusan Mohd Kazim untuk menangguhk­an sementara cadangan penjualan Unit Tahfiz Al-Quran sementara mengadakan perbincang­an dengan kerajaan negeri demi kemaslahat­an ummah yang mendapat manfaat daripada aktiviti pengajian Islam di pusat itu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Ahmad Faizal turut menegaskan kerajaan negeri tidak pernah mengeluark­an arahan mengharamk­an Mohd Kazim daripada berceramah.

“Mengenai fitnah kononnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengharamk­an Mohd Kazim berceramah, ingin saya tegaskan kerajaan negeri tidak pernah secara langsung atau tidak langsung mengeluark­an arahan sedemikian,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Faizal
AHMAD Faizal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia