Harian Metro

Program prapelepas­an percepat proses ketibaan di Madinah

-

Lumpur: Inisiatif Program Prapelepas­an Haji di lapan lapangan terbang (stesen berlepas) membabitka­n 30,200 jemaah haji akan dilaksanak­an bermula Sabtu ini.

Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, program itu akan mempercepa­tkan proses pemeriksaa­n imigresen Arab Saudi di KLIA.

“Semua jemaah haji yang melapor diri di stesen berlepas akan menjalani proses imbasan 10 jari dan pengambila­n gambar wajah yang akan dikendalik­an wakil Kementeria­n Luar Arab Saudi.

“Sebaik jemaah haji tiba di Jeddah atau Madinah, mereka akan melalui laluan pantas kaunter pemeriksaa­n imigresen dan terus keluar untuk menaiki bas ke hotel penginapan masing-masing tanpa perlu mengambil bagasi.

“Bagasi jemaah akan diuruskan pihak wakil Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi dan dihantar ke bilik penginapan di bawah pengawasan petugas dan Muasassah Asia Tenggara.

“Inisiatif kerajaan Arab Saudi dengan kerjasama TH ini dapat memendekka­n tempoh jemaah menunggu di balai ketibaan daripada empat sehingga lima jam kepada sekurang-kurangnya dua jam kerana proses pemeriksaa­n sudah dilakukan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media, semalam.

Syed Saleh berkata, program terbabit adalah projek perintis pertama inisiatif kerajaan Arab Saudi dan Malaysia adalah negara pertama yang terpilih untuk melaksanak­annya.

“Diharapkan jemaah akan mematuhi peraturan yang ditetapkan dan memberikan kerjasama kepada petugas untuk mengelakka­n sebarang kesulitan.

“Pastikan tidak ada barang terlarang dibawa kerana pengurusan bagasi kali ini akan dilakukan tanpa kehadiran jemaah,” katanya.

 ?? Syed Saleh ?? Semua jemaah haji yang melapor diri di stesen berlepas akan menjalani proses imbasan 10 jari dan pengambila­n gambar wajah yang akan dikendalik­an wakil Kementeria­n Luar Arab Saudi”
Syed Saleh Semua jemaah haji yang melapor diri di stesen berlepas akan menjalani proses imbasan 10 jari dan pengambila­n gambar wajah yang akan dikendalik­an wakil Kementeria­n Luar Arab Saudi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia