Harian Metro

RSM rayu kerajaan bantu pelarian

-

Alor Setar: Rohingya Society Malaysia (RSM) cawangan Kedah merayu kepada kerajaan membantu lebih 3,000 pelarian etnik itu di negeri ini yang belum memegang kad Suruhanjay­a Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Pengerusi RSM Kedah, Yusof Ali berkata, keadaan itu menyebabka­n mereka hidup dalam ketakutan dan kedaifan berikutan tidak boleh bekerja.

“Di Kedah sekarang terdapat 9,000 pelarian Rohingya, lebih 3,000 daripada jumlah itu tidak mempunyai kad UNHCR, mereka tidak berani keluar ke mana-mana dan bersembuny­i selain tidak boleh mencari kerja.

“Akhirnya mereka kini terpaksa hidup atas ihsan rakan dengan meminta makanan ataupun duit untuk membeli barang keperluan,” katanya ketika ditemui di Pejabat RSM Kedah.

Sehubungan itu, Yusof berkata, pihaknya berharap kerajaan melakukan sesuatu supaya kad terbabit dapat dikeluarka­n kepada 3,000 etnik itu yang berusia antara 12 hingga 40 tahun.

Katanya, kad UNHCR itu sangat penting supaya mereka dapat bekerja demi kelangsung­an hidup sebagai pelarian.

“Kami menghormat­i undang-undang bahawa kerajaan Malaysia boleh menahan individu ataupun pendatang asing tanpa izin (PATI) yang gagal menunjukka­n sebarang dokumen.

“Selalunya mereka akan dipenjara beberapa bulan dan ada yang kemudian dihantar ke depot tahanan Imigresen Belantik, Sik selama beberapa tahun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia