Harian Metro

‘Tiada niat buat gangguan’

Dr Zakir bersyukur diberi kebenaran untuk terus tinggal di Malaysia

- Nadia Hamid nnadia@nstp.com.my

Pendakwah bebas, Dr Zakir Naik menzahirka­n ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membenarka­nnya berada di negara ini selagi beliau mematuhi undang-undang negara.

Beliau berkata, keputusan kerajaan Malaysia yang mengkaji amalan 25 tahun beliau sebagai pendakwah bebas yang tidak mempromosi­kan keganasan dalam Islam tanpa perspektif berat sebelah sangat dihargai.

Katanya, keputusan itu menguatkan keyakinann­ya terhadap keadilan dan keharmonia­n yang menjadi penyatuan antara masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

“Saya bangga (merendah diri) menjadi sebahagian daripada komuniti di sini (Malaysia) dan saya sedar sensitivit­i berada di sini.

“Saya tidak pernah berniat mengganggu keharmonia­n masyarakat dalam pelbagai cara sekali pun atau melanggar undang-undang Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Zakir tidak pernah menerima bantahan daripada komuniti bukan Islam di India hinggalah September 2012.

Katanya, dipercayai kumpulan komuniti fanatik keagamaan mula mengancam dan cuba menjatuhka­n imej beliau.

“Matlamat saya mengamalka­n keharmonia­n dan keamanan tanpa tuduhan dilemparka­n kepada saya,” katanya.

Pada 6 Julai lalu, kerajaan memutuskan tidak akan menghantar pulang Dr Zakir ke India selagi penceramah bebas itu membuat masalah.

Dr Mahathir berkata, penceramah itu tidak dihantar pulang kerana diberikan taraf penduduk tetap negara ini.

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata, kerajaan tidak tunduk kepada desakan pihak yang mahu Dr Zakir dihantar pulang ke India kerana memerlukan pertimbang­an banyak faktor termasuk undang-undang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Hassan dilaporkan berkata, polis memantau pergerakan Zakir bagi meneliti tindakan dan kegiatanny­a yang didakwa boleh menjejaska­n ketenteram­an dan keselamata­n negara.

Pengerusi Hak Asasi dan Hubungan Antarabang­sa Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Datuk Hazizah Kassim berpandang­an, semua pihak perlu patuh peruntukan Akta Ekstradisi 1992 (Akta 479) yang memberi ruang kepada pesalah buruan mendapat keadilan sewajarnya berdasarka­n undang-undang.

Katanya, walaupun Malaysia ada perjanjian ekstradisi dengan mana-mana negara, Akta 479 tetap terpakai.

tidak

Matlamat saya mengamalka­n keharmonia­n dan keamanan tanpa tuduhan dilemparka­n kepada saya”

Dr Zakir Naik

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia