Harian Metro

‘Sayang tinggal rakyat...’

Ahli Parlimen Sungai Petani tolak tawaran jawatan Speaker Dewan Rakyat

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@nstp.com.my

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menolak tawaran jawatan Speaker Dewan Rakyat dan sudah memaklumka­n kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pagi semalam.

Johari ketika dihubungi berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti Perkara 57 (4) Perlembaga­an Persekutua­n yang menyebut ADUN yang dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat perlu mengundurk­an diri dari DUN sebelum memulakan tugasnya.

“Memang semalam (kelmarin) bila nama saya dicadangka­n Presiden (Wan Azizah) saya kata okay, tapi bila hari ni (semalam) saya diberitahu dan teliti balik Perkara 57 (4) saya kata tak bolehlah.

“Saya tolak jawatan itu dan beri tahu Presiden pagi tadi. Saya kata saya sayang untuk tinggalkan rakyat di Gurun dan Sungai Petani, Kedah jadi biarlah saya berkhidmat pada mereka tanpa jawatan (Speaker).

“Lagipun, kalau sehingga terpaksa buat Pilihan Raya Kecil (PRK) itu akan menyusahka­n rakyat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani selama tiga penggal bermula 2008.

Pada PRK-14 lalu, Ketua Whip PKR di Dewan Rakyat itu memenangi kerusi DUN Gurun dengan majoriti 4,207 undi dan kerusi Parlimen Sungai Petani dengan majoriti 21,569 undi.

Selasa lalu, Wan Azizah yang juga Presiden Pakatan Harapan (PH) mengesahka­n pimpinan parti memilih seorang calon dalam mesyuarat pada Isnin berhubung lantikan Speaker Dewan Rakyat yang baru.

Sebelum ini, selain Johari, beberapa nama turut disebut-sebut untuk mengisi jawatan berkenaan termasuk bekas menteri, Tan Sri Dr Rais Yatim dan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh yang dikatakan calon pilihan DAP.

Rais bagaimanap­un semalam dalam reaksinya berkata, beliau menyerahka­n keputusan itu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi menerimany­a jika dipilih.

Persidanga­n mesyuarat pertama penggal pertama, majlis Parlimen ke-14 dijadual berlangsun­g selama 20 hari, mulai 16 Julai ini dengan urusan pertama mesyuarat pada hari berkenaan adalah pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, diikuti majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat dan pelantikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Istiadat pembukaan persidanga­n disempurna­kan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada keesokan harinya iaitu 17 Julai, pada jam 10 pagi.

Saya tolak jawatan itu dan beri tahu Presiden pagi tadi. Saya kata saya sayang untuk tinggalkan rakyat di Gurun dan Sungai Petani, Kedah jadi biarlah saya berkhidmat pada mereka tanpa jawatan” Johari Abdul

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia