Harian Metro

Enggan beri kerjasama

-

Peguam Negara Switzerlan­d, Michael Lauber mendakwa Tan Sri Mohamed Apandi Ali enggan bekerjasam­a dalam siasatan berkaitan 1MDB ketika mengetuai Pejabat Peguam Negara Malaysia.

Lauber membuat dakwaan itu selepas bertemu pengganti Apandi, Tommy Thomas semalam.

“Sejak 2015, kami menjalanka­n siasatan di Switzerlan­d dan sejak awal lagi, kami cuba bekerjasam­a dengan Amerika Syarikat, Singapura dan Luxembourg.

“Kami juga mencuba dengan Malaysia tetapi pada masa itu pada 2016, kami disahkan peguam negara Malaysia ketika itu tidak mahu bekerjasam­a dengan kami,” dakwanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia