Harian Metro

LAGU AIZAT BUAT PM

-

Bukan saja inspirasi daripada bapanya, penyanyi dan komposer terkenal Aizat Amdan mengakui single terbarunya berjudul Harapan Jadi Nyata cukup bermakna kerana ia penghormat­an buat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak berjasa kepada negara.

Menurut Aizat, single itu juga sebagai hadiah istimewa buat Dr Mahathir sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-93, kelmarin.

“Selain inspirasi daripada bapa, saya juga mendapat idea untuk menghasilk­an lagu ini daripada falsafah kepemimpin­an dan perjuangan Dr Mahathir.

“Saya sendiri tidak menyangka beliau akan menjadi Perdana Menteri buat kali kedua. Ia umpama ramalan yang akhirnya menjadi nyata. Bait-bait lirik yang ditulis pada 2011 ini seakanakan dapat membaca apa yang bakal terjadi pada perjalanan politik Perdana Menteri pada 2018.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia