Harian Metro

AMBER KE AMERIKA PENDAKWA MAHU CJAMM DIPENJARA

-

Turut diminta bayar denda RM61,000 kerana ambil dadah

Tuah buat anggota f(x) iaitu Amber apabila dirinya dilamar sebuah agensi hiburan di

Amerika Syarikat (AS), Steel Wool Entertainm­ent (SWE) dan bakal melebarkan sayap di sana.

Agensi berkenaan bakal menguruska­n kerjayanya di sana sementara SM Entertainm­ent masih lagi agensi rasminya.

Ketua Pegawai Eksekutif SWE, Kevin Morrow berkata, mereka melihat potensi besar untuk Amber diterima baik di AS.

“Dia adalah contoh terbaik untuk memperjuan­gkan pemerkasaa­n wanita sekarang. Saya rasa itu sesuatu yang sangat bagus.

“Dia juga sangat hebat dalam menyanyi, rap dan menari. Bukan semua orang boleh menguasai tiga bakat itu selain dia juga berbakat menulis lagu.

“Selain itu, dia juga menerbitka­n sendiri klip videonya. Dia adalah satu daripada ribuan bakat unik yang cemerlang bukan dalam satu jenis bakat saja,” katanya.

Kevin juga sempat berkongsi mengenai jenis muzik yang akan Amber bawakan untuk kerjayanya di AS.

“Muziknya adalah gabungan kepada pelbagai jenis genre.

Dia akan buat muzik Annyeongha­seyo! Penyalahgu­naan dadah cukup ditegah dalam kalangan selebriti Korea Selatan. Sekali terjerumus pasti reputasi bertukar buruk.

Beberapa bulan lalu, penyanyi rap CJamm K-Pop dan menyanyi rap sepenuhnya,” katanya.

Menurut Amber pula, dia kini bekerja keras di Los Angeles demi menjayakan rangka promosinya di sana.

“Saya kini banyak habiskan masa di studio untuk rakaman dan latihan menari. Saya berlatih dengan ramai jurulatih tarian yang memang kebanyakan­nya rakan karib,” katanya. ditahan selepas memiliki ganja. Dia turut didakwa atas tuduhan pengambila­n dadah itu di sebuah kediaman di Seoul.

Pihak pendakwara­ya kes berkenaan meminta penyanyi rap berkenaan dipenjara selama dua tahun selain membayar denda berjumlah RM61,000.

Denda itu diminta disebabkan ia berpatutan dengan kes membuat urus niaga dadah secara haram. Pendakwara­ya menjelaska­n tindakan keras itu dibuat selepas meneliti tempoh kesalahan CJamm.

“Kami memutuskan untuk berkeras dengan denda itu mengambil kira kesalahan yang dilakukann­ya agak lama selain meneliti refleksi jujur diberikann­ya,” kata pendakwara­ya.

Sewaktu sesi soal siasat, penyanyi berkenaan mengakui mengambil dadah atas sebab dia percaya ia mampu membantuny­a menghasilk­an muzik.

“Saya ingatkan ia akan membantu apabila membuat muzik,” katanya.

Sewaktu perbicaraa­n, CJamm kelihatan begitu gementar apabila menjelaska­n motif di sebalik melakukan jenayah itu. Dia kemudian memberi alasan konkrit dan meminta maaf kepada ibu bapanya.

“Saya mulakannya disebabkan saya sangka ia akan mengurangk­an tekanan. Bagaimanap­un, sekarang saya rasa itu semua cuma alasan bodoh.

“Saya berjanji tidak akan terbabit dan melakukan jenayah ini lagi. Saya minta ampun, ayah dan ibu,” katanya.

Peguambela CJamm mendedahka­n penyanyi itu sebenarnya pernah menyertai program pemulihan sebelum dia diberkas. Dia juga minta kelonggara­n untuk keputusan akhir hukumannya kelak.

“CJamm mengaku dan menyesali jenayah yang dilakukann­ya sejak siasatan dimulakan. Dia usahakan sendiri masuk program pemulihan walaupun sebelum dia ditahan.

“Saya minta anda mempertimb­angkannya disebabkan ia pertama kali dia terbabit dalam kes jenayah. Rekod sosialnya selama ini juga bersih,” katanya.

Perbicaraa­n akhir CJamm bakal berlangsun­g pada 10 Ogos ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia