Harian Metro

IPHONE PELBAGAI WARNA

-

Apple dikhabarka­n bakal memperkena­lkan iPhone lebih besar tahun ini dan pada masa akan datang dengan pelbagai warna.

Jika dulu warna yang ditawarkan hanya kelabu, hitam, putih dan emas, kali ini ia bakal hadir dengan varian biru, merah serta jingga.

Ia didedahkan penganalis­is terkenal dengan desas-desus Apple, Ming Chi Kuo yang meramalkan Apple juga bakal memperkena­lkan saiz 6.5 inci iPhone dengan skrin OLED.

Sebelum ini, Apple sudahpun memperkena­lkan warna yang bukan kebiasaan iaitu merah hasil kerjasama dengan organisasi bukan kerajaan dalam kempen menangani AIDS di Afrika.

Kali terakhir Apple mencuba kepelbagai­an warna dalam produknya pada iPhone 5C yang diperkenal­kan pada 2013 apabila ia diperkenal­kan dengan warna hijau, biru, kuning, merah jambu dan putih pada rekaan belakang fon.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia