Harian Metro

Gen.Y pencinta topi

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN 1-300-22-6787 SAMB: 8269

Bagi segelintir individu, topi hanyalah sebahagian pelengkap gaya namun tidak bagi peminat yang sanggup membelanja­kan wang untuk membeli, seterusnya menyimpann­ya sebagai koleksi peribadi.

Tidak kurang juga yang memanfaatk­an hobi mereka dengan menjalanka­n perniagaan menjual topi sebagai satu cara menambah pendapatan.

Salah seorangnya adalah Mohd Faisal Md Hashim yang mula berjinak-jinak dengan hobi berkenaan pada 2013 selepas memiliki koleksi pertamanya iaitu topi jenama rokok 555.

Pemuda berasal dari

Kota Bharu, Kelantan itu tidak menyangka hobinya itu berterusan hingga kini kerana sekadar mengumpul untuk suka-suka pada mulanya.

“Saya masih ingat lagi, topi pertama itu diperoleh daripada dalam guni barangan bundle dan saya simpan kerana nampak unik dan jarang ditemui.

“Lebih-lebih lagi topi berkenaan adalah edisi terhad barangan keluaran jenama rokok terkenal, jadi rugi rasanya jika tidak menyimpann­ya.

“Bermula dengan satu, koleksi saya kemudianny­a bertambah dan kini mencecah 300 unit dengan 30 daripadany­a adalah keluaran jenama rokok,” katanya.

Mohd Faisal berkata, dia turut menjual koleksi yang ada tapi tidak semua kerana bukan mudah untuk mendapatka­n topi terutamany­a edisi terhad dan keluaran vintaj.

“Pernah satu ketika ada seorang pengumpul berminat untuk membeli topi saya dengan harga RM450 tapi saya tidak menjualnya kerana terlalu sayang dengan koleksi berkenaan.

“Namun ada juga yang dijual dan menariknya, bukan saja pengumpul tempatan tapi juga dari luar

Hobi kumpul barang vintaj dapat jana pendapatan

negara turut berminat untuk membelinya.

“Dari situ, barulah saya sedar komuniti ini agak besar terutama selepas menyertai laman Cap & Topi Bundle di Facebook,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Dzulardfi

Nazree Mohammad, 30, turut mengumpul topi tetapi kebanyakan koleksinya lebih kepada yang berkaitan dengan permotoran dan kejohanan sukan.

Katanya, hingga kini, dia mengumpul lebih 50 topi antaranya daripada jenama Yamaha, STP, Skoal Bandit, 76, Bell Helmet dan Sukan Olimpik USA 1984.

“Ketika baru berjinakji­nak dengan hobi ini, saya tidak tahu nilai sesuatu topi itu tapi banyak belajar mengenainy­a daripada otai yang lebih berpengala­man.

“Ikutkan, isteri dan keluarga tidak faham mengapa saya terlalu obses dengan hobi ini namun persepsi mereka berubah selepas nampak hasilnya iaitu selepas saya menjual topi secara kombo dengan harga RM800.

“Kini, mereka mula faham dan memberikan sokongan serta saya sendiri gembira kerana dapat menambah kenalan sejak aktif dengan hobi ini,” katanya.

Seorang lagi pengumpul, Pendy Nasution, 28, pula cenderung mengumpul topi bercirikan ketenteraa­n dan mula serius dengan hobi itu sejak lima tahun lalu selepas berhenti berkhidmat sebagai anggota tentera.

“Selepas tidak lagi berkhidmat sebagai askar, saya mengambil keputusan untuk menyara keluarga dengan menjual barangan bundle.

“Salah satu barangan yang dijual adalah topi dan itulah permulaann­ya tetapi mungkin lebih cenderung kepada motif ketenteraa­n kerana merasakan ia lebih dekat dengan diri saya.

“Lagipun, satu kepuasan apabila dapat mengumpulk­an topi daripada pelbagai pasukan tentera termasuk dari luar negara, cuma agak sukar untuk mendapatka­nnya kerana kelengkapa­n termasuk itu perlu dikembalik­an dan dilupuskan sebaik seseorang anggota itu menamatkan perkhidmat­an mereka,” katanya.

Dalam pada itu,

Presiden Pengumpul Topi Se-Malaysia, Cap & Topi Bundle, Malindo Erwindu berkata, dia sentiasa berusaha menghimpun­kan pengumpul topi menerusi laman Facebook, Cap & Topi Bundle yang diwujudkan­nya sejak lima tahun lalu.

Katanya, laman itu kini mempunyai 40,000 pengikut dan mereka terdiri daripada pengumpul di seluruh negara serta luar antaranya Indonesia, Brunei dan Thailand.

“Tujuan utama saya mewujudkan komuniti di laman Facebook untuk berkongsi hobi dengan pengumpul yang lain dan ternyata sambutanny­a amat menggalakk­an.

“Malah, penubuhan komuniti itu juga secara tidak langsung memudahkan ahli berinterak­si antara satu sama lain dan terbabit dengan aktiviti yang dianjurkan contohnya perjumpaan.

“Sebagai pengasas, saya puas kerana dapat menyediaka­n platform yang turut membuka ruang untuk mereka menjalanka­n urus niaga di samping berkongsi minat,” katanya yang mula mengumpul topi sejak di sekolah rendah.

 ??  ?? MALINDO (kiri) bersama ahli Pengumpul Topi Se-Malaysia, Cap & Topi Bundle, Mohammad Dzulardfi (dua dari kiri), Mohd Faisal (dua dari kanan) dan Pendy (kanan).
MALINDO (kiri) bersama ahli Pengumpul Topi Se-Malaysia, Cap & Topi Bundle, Mohammad Dzulardfi (dua dari kiri), Mohd Faisal (dua dari kanan) dan Pendy (kanan).
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA koleksi ahli Pengumpul Topi Se-Malaysia, Cap & Topi Bundle.
ANTARA koleksi ahli Pengumpul Topi Se-Malaysia, Cap & Topi Bundle.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia