Harian Metro

UBAT RINDU PEMINAT

- Syafil Syazwan Jefri

Kemunculan penyanyi Siti Sarah Raisuddin di pentas Siti Sarah Special Showcase yang berlangsun­g Sabtu lalu sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat yang menantikan acara itu sejak sekian lama.

Membuka pentas dengan lagu Jangan

Kau Mimpi, Sarah yang menggayaka­n busana rona merah menghangat­kan acara, sekali gus membuatkan penonton yang membanjiri Pusat Pelanconga­n Malaysia (Matic) bersorak keriangan.

Sarah seterusnya menghiburk­an penonton dengan lagu-lagu yang pernah dipersemba­hkan dalam program Gegar Vaganza, tahun lalu.

Empat lagu medley itu adalah Teratai Layu di Tasik Madu, Joget Sayang Disayang, Bunga Angkasa dan Senggol Senggolan.

Tentunya, kehadirann­ya tidak akan lengkap sekiranya penyanyi bersuara lunak itu tidak menyampaik­an lagu-lagu popularnya.

Jadi, pada segmen ketiga dia mempersemb­ahkan medley lagu popular yang mengangkat namanya iaitu Saat Hilang

Cintamu, Bersamamu, Ke Hujung Dunia dan Ku Teruskan.

Sarah kemudian meneruskan acara dengan mengalungk­an lagu Pohon Asmara yang dipopulark­an Jaclyn Victor.

Sekali lagi, dia mengejutka­n penonton dengan dendangan lagu berjudul Tinggalkan Dirimu yang juga dipilih khas ramai peminat setianya.

Tidak sendiri, Sarah juga turut ditemani suaminya, Shuib ketika menyampaik­an lagu duet Kejoraku Bersatu.

Selain suami, pentas Siti Sarah

Special Showcase juga dihangatka­n dengan kemunculan rakan artis, Mark Adam yang menyampaik­an lagu duet Sandarkan Pada Kenangan serta Dafi

 ??  ?? SARAH berduet dengan suami.
PENAMPILAN istimewa bapa tersayang.
SARAH berduet dengan suami. PENAMPILAN istimewa bapa tersayang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia