Harian Metro

Berapa lama nak tunggu...

-

Lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Tapi sikap ditunjukka­n seorang penyampai radio sambilan ini seolah-olah lebih rendah tarafnya daripada lembu.

Masakan tidak? Teman SS mengadu mengenai sikap si penyampai radio itu yang sampai ke hari ini tidak menunaikan janjinya yang beriya-iya mahu membantu bisnes teman baiknya.

Kata teman SS, penyampai radio itu berjanji mahu membeli produk keluaran teman SS yang baru saja dilancarka­n.

Oleh kerana bisnes agak kecil, si penyampai radio itu menyatakan hasrat berulang kali mahu membeli beberapa unit produk.

Kerana percayakan katakata si penyampai radio itu, teman SS pun menyimpan terlebih dulu produk itu walaupun ramai yang bertanya mahukannya.

Tapi disebabkan sudah berjanji, teman SS terpaksa menolak pelbagai tawaran lain. Malangnya, tunggu punya tunggu, si penyampai radio itu beri pelbagai alasan kononnya cek belum ‘clear’, gaji belum masuk dan sebagainya.

Apabila teman SS bertanya adakah dia mahu teruskan pembelian itu, si penyampai itu kata dia mahukannya juga.

Tapi sampai bila teman SS terpaksa menunggu pun entah lah!

Kata teman SS, kalau penyampai radio itu tidak mahu kerana tak cukup duit, boleh saja teman SS jual kepada orang lain.

Janganlah sampai buatkan orang tertungguh­asil tunggu kerana jualan produk akan digunakan untuk modal pusingan.

SS: Kalau padi katakan padi, tidaklah aku tertampi-tampi, kalau jadi katakan jadi, tidaklah aku ternanti nanti!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia