Harian Metro

Dua bersaudara maut dalam kereta

-

Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki merempuh belakang lori di Kilometer 249.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampira­n Hentian Senawang di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.20 pagi, pemandu kereta, Tan Foo Soon, 23, bersama saudaranya, Tan Wei Ren, 28, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, mangsa yang menaiki kereta Proton Wira dalam perjalanan ke Melaka.

Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori satu tan jenis Isuzu yang dipandu lelaki berusia 30 tahun mengubah laluannya dari lorong kanan ke kiri secara tiba-tiba.

“Mangsa yang baru keluar dari Hentian Senawang gagal mengelak lalu merempuh bahagian kanan belakang lori terbabit.

“Kedua-dua mangsa yang berasal dari Linggi dekat sini, maut di lokasi kejadian akibat parah. Pemandu lori itu bagaimanap­un tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta dipandu mangsa yang merempuh belakang lori, semalam.
KEADAAN kereta dipandu mangsa yang merempuh belakang lori, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia