Harian Metro

Akasha ‘pulang’ jua

- Badrul Kamal Zakaria badrulkama­l@nstp.com.my

“Alhamdulil­lah, kami sekeluarga bersyukur selepas hampir empat bulan, jenazah adik saya, Mohd Akasha ditemui,” kata Azral Azizan, 37.

Azral yang juga abang sulung kepada Mohd Akasha, 25, seorang daripada kru kapal korek JBB Rong Chang 8 yang terbalik di perairan Parit Jawa, di sini pada 21 Mac lalu berkata, pengesahan adiknya yang kelima daripada enam beradik itu dibuat menerusi ujian asid deoisiribo­nukleik (DNA).

“Alhamdulil­lah, awal pagi ini juga kami akan membawa pulang jenazah ke Alor

Setar dan akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam berhampira­n Masjid Batu 3 Tandop, Alor Setar.

“Kalau ikut rekod, jenazah adik saya ditemui pada 19 Jun lalu, tetapi disahkan Mohd Akasha pada semalam menerusi panggilan telefon daripada polis Muar dan hospital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.

Azral berkata, berikutan panggilan itu, beliau bersama adik dan saudara terdekat bergegas ke HPSF pada petang kelmarin bagi pengurusan jenazah Mohd Akasha.

“Kami sekeluarga amat bersyukur dengan berita ini. Mak saya masa saya buat panggilan tadi pun dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya Mohd Akasha ada tempat untuk dikebumika­n.

“Rancangan kami nak kebumikan di sebelah kubur arwah ayah tetapi tak tahu lagi macam mana. Pihak pengurusan masjid pun tunggu saya pulang dari sini tetapi kalau ikutkan, nak letak (kebumikan) bersebelah­an kubur ayah kami,” katanya.

Ditanya apakah usaha dilakukan keluargany­a sepanjang hampir empat bulan tragedi berkenaan, beliau berkata, pihaknya banyak melakukan solat hajat dan berdoa supaya jenazah adiknya ditemui dan bersyukur kerana doa itu dikabulkan Allah.

“Semalam (kelmarin) pun kami panggil pihak pelajar tahfiz untuk buat tahlil arwah ayah dan Mohd Akasha. Alhamdulil­lah, semalam buat, hari ini kami dapat keputusann­ya dan kami amat bersyukur.

“Sebelum ini kami juga buat solat hajat... masa di Muar, di Batu Pahat, hampir setiap hari buat solat hajat dengan keluarga untuk Mohd Akasha,” katanya.

Terdahulu, Mohd Azral dan adiknya bersama saudara serta kenalan terdekat tiba di Unit Forensik, petang semalam bagi menuntut dan menguruska­n jenazah adiknya.

Jenazah Mohd Akasha kemudian dimandikan dan dibawa pulang ke Alor Setar kira-kira jam 2.30 pagi semalam.

Pada 21 Mac lalu, media melaporkan, kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 terbalik kira-kira 7.50 pagi pada kedudukan 8.5 batu nautik dari Perairan Parit Jawa, Muar.

 Jasad ditemui pada 19 Jun milik adik selepas jalani ujian DNA

Alhamdulil­lah, awal pagi ini juga kami akan membawa pulang jenazah ke Alor Setar Azral

 ?? FOTO: ADI SAFRI ?? JENAZAH Mohd Akasha yang siap dikafankan dibawa masuk ke dalam van untuk urusan pengebumia­n.
FOTO: ADI SAFRI JENAZAH Mohd Akasha yang siap dikafankan dibawa masuk ke dalam van untuk urusan pengebumia­n.
 ??  ?? AZRAL (kanan) memeluk ahli keluargany­a ketika menuntut jenazah Mohd Akasha di HPSF.
AZRAL (kanan) memeluk ahli keluargany­a ketika menuntut jenazah Mohd Akasha di HPSF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia