Harian Metro

‘Reda asalkan dia ada kubur’

-

Alor Setar: Penantian selama empat bulan berakhir apabila jenazah salah seorang mangsa kapal korek terbalik di Muar, Mac lalu, Mohd Akasha Azizan, 25, selamat disemadika­n, pagi semalam.

Jenazah Mohd Akasha yang juga salah seorang daripada 14 mangsa kru kapal korek, JBB Rong Chang 8, yang terbalik di perairan Parit Jawa, Muar pada 21 Mac lalu selamat disemadika­n di Tanah Perkuburan Islam Masjid Batu Tiga Tandop, di sini, jam 10 pagi.

Ibunya, Phatiyah Ismail, 61, berkata, dia sangat bersyukur kerana jasad anaknya ditemui walaupun dalam keadaan tidak sempurna.

Katanya, kali terakhir dia bertemu anaknya itu dua hari sebelum kejadian ketika arwah menaiki bas untuk pulang ke Johor.

“Selepas mendapat tahu anak saya terbabit dalam insiden itu, saya sekeluarga banyak melakukan solat hajat dan berdoa supaya jenazah anak kelima saya ini ditemui.

“Walaupun hanya tinggal sekerat tulang saya reda asalkan dia ada kubur, semua yang berlaku adalah takdir Allah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia