Harian Metro

Terpaksa berhenti kerja akibat kanser tulang

-

Jelebu: “Sudah jatuh ditimpa tangga.” Itu ungkapan bagi seorang remaja yang tidak melanjutka­n pengajian demi membantu keluargany­a yang miskin, namun terpaksa berhenti kerja apabila disahkan menghidap kanser tulang.

Ditemui di rumahnya di Rumah Rakyat Sungai Rotan, Titi, di sini, Mohd Shafuan Nor Azhar, 19, berkata dia bekerja sebagai penyedia makanan di Sungai Buloh, Oktober lalu, kerana kesusahan keluargany­a, terutama selepas ibunya, Salmi Shafie, 47, lumpuh separuh badan akibat strok.

“Saya mengambil keputusan bekerja hujung tahun lalu bagi membantu keluarga,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Menceritak­an lanjut kisahnya, selepas dua bulan bekerja, dia mengalami sakit belakang namun beranggapa­n tidak serius.

Bagaimanap­un, sakit itu tidak hilang, malah semakin teruk sebelum bahu kirinya bengkak menyebabka­n dia pergi ke Hospital Sungai Buloh.

“Saya dirujuk ke ke Hospital Selayang dan pemeriksaa­n mendapati ada ketumbuhan pada bahu kiri sebelum saya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) Mei lalu dan pakar mengesahka­n saya menghidap kanser tulang,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun CIMB Mohd Shafuan Nor Azhar 7623226660.

 ??  ?? MOHD Shafuan bersama ibu dan ayahnya.
MOHD Shafuan bersama ibu dan ayahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia