Harian Metro

‘Kini sumber pendapatan tetap’

 Kejadian 100 ikan laga pelbagai jenis mati serentak hampir ragut semangat Hamizan

- Mohd Rafi Mamat cnews@nstp.com.my

Kejadian 100 ikan laga atau betta pelbagai jenis mati setahun lalu hampir meragut semangat Hamizan Mohamad Arshad untuk terus menjadi pengeluar ikan berkenaan.

Ketika itu Hamizan, 31, membawa ikan berkenaan dalam kereta untuk dipindahka­n, namun cuaca panas menyebabka­n semua ikan itu mati serentak dan dia menanggung kerugian lebih RM500.

Katanya, dia hanya membela ikan itu bersama ikan gapi untuk mengisi masa lapang sebelum nekad mengusahak­an sepenuh masa susulan permintaan tinggi peminat ikan terbabit.

“Bermula daripada hobi saja, kini saya menjual dan membiak ikan ini sebagai sumber pendapatan tetap selepas berhenti kerja di sektor swasta, dua tahun lalu.

“Saya kini memiliki lebih 15 jenis ikan laga baka tempatan dan import seperti plakat, crowntail, halfmoon, double tail, veiltail, giant, elephant ear dan superdelta,” katanya ketika ditesaiz mui, semalam.

Hamizan berkata, dia turut memiliki lebih 18 jenis ikan gapi tempatan dan import seperti merak, karena, dragon, cobra, metalik, red dragon dan blue mascow albino.

Gapi ialah ikan hiasan ber- kecil dan unik.

Menurutnya, setiap hari lebih 15 pasar malam dan pekan sehari di daerah ini dan Kuantan dijelajah untuk menjual ikannya antara 100 ke 150 ekor pada harga RM5 hingga RM15 seekor.

“Bagi menghasilk­an ikan laga yang berkualiti, saya mendapatka­n baka import pelbagai jenis dari Thailand yang dibeli dengan harga RM200 hingga RM300 seekor” katanya.

Dia kini bersyukur apabila mampu membuka pusat pembiakan ikan itu di Segamat, Johor. Usaha untuk meluaskan perniagaan­nya dilakukan selepas mendapat tunjuk ajar Jabatan Perikanan Terengganu.

Katanya, penjualan ikan itu mempunyai potensi disebabkan minat masyarakat yang mengumpuln­ya sebagai hiasan selain ada yang menjadikan­nya hobi.

 ??  ?? HAMIZAN menjual hampir 15 jenis ikan laga dan lebih 18 jenis ikan gapi tempatan dan import di lebih 15 pasar malam dan pekan sehari. Gambar kecil, pengunjung melihat ikan yang dijual.
HAMIZAN menjual hampir 15 jenis ikan laga dan lebih 18 jenis ikan gapi tempatan dan import di lebih 15 pasar malam dan pekan sehari. Gambar kecil, pengunjung melihat ikan yang dijual.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia