Harian Metro

BNM kekal OPR 3.25 peratus

-

Mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalka­n Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus.

Bank pusat itu dalam kenyataann­ya berkata, ekonomi global terus berkembang dengan sedikit perbezaan dalam kalangan ekonomi dunia manakala perdaganga­n global mengekalka­n momentum pertumbuha­nnya.

Dalam kalangan ekonomi maju, BNM berkata, kenaikan pendapatan dan sokongan dasar khususnya di Amerika Syarikat (AS) akan memacu pertumbuha­n.

“Pertumbuha­n di Asia akan disokong aktiviti domestik yang mampan dan permintaan luaran. Namun, keseimbang­an risiko kepada tinjauan condong ke arah penurunan,” katanya.

BNM berkata, ekonomi Malaysia terus berkembang pada separuh pertama 2018 disokong aktiviti sektor swasta dan tambahan eksport bersih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia