Harian Metro

AirAsia sah pindah khidmat lapangan terbang di Australia

-

AirAsia mengesahka­n perkhidmat­annya di Melbourne, Australia akan berpindah dari Lapangan Terbang Tullamarin­e ke Lapangan Terbang Avalon mulai 5 Disember tahun ini dan pada masa sama melancarka­n perkhidmat­an buat julung kali dari Lapangan Antarabang­sa Victoria yang kedua.

Dikendalik­an AirAsia X, syarikat sekutu AirAsia, perkhidmat­an dua kali sehari ini akan berlepas dari terminal klia2 akan membawa penumpang dari Malaysia dan ASEAN ke destinasi pelanconga­n terkemuka di negara berkenaan.

Ketua Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata, perkhidmat­an berkenaan dijangka membawa perubahan kepada sektor pelanconga­n.

“Sebagai syarikat penerbanga­n utama yang melancarka­n perkhidmat­an antarabang­sa dari Lapangan Terbang Avalon, ini adalah satu perubahan untuk pengguna, pelanconga­n dan industri.

“Kami yakin bahawa tambang bernilai hebat dari dan ke Melbourne akan popular dengan warga Australia yang ingin terbang ke KL atau berhubung dengan 130 destinasi popular dalam rangkaian global kami dan ASEAN akan mendapat faedah daripada akses berpatutan dan selesa ke Victoria,” katanya, semalam.

Menurutnya, pihaknya teruja untuk memindahka­n perkhidmat­an Melbourne ke fasiliti baru yang canggih di Lapangan Terbang Avalon di Victoria.

Promosi istimewa ke Melbourne dengan tambang termasuk semua serendah RM199 sehala sedia boleh ditempah di airasia.com mulai sekarang sehingga 15 Julai 2018, untuk tempoh perjalanan dari 5 Disember 2018 hingga 13 Ogos 2019.

 ??  ?? BENYAMIN (empat dari kiri) pada majlis AirAsia berpindah perkhidmat­an dari Lapangan Terbang Tullamarin­e ke Lapangan Terbang Avalon, semalam.
BENYAMIN (empat dari kiri) pada majlis AirAsia berpindah perkhidmat­an dari Lapangan Terbang Tullamarin­e ke Lapangan Terbang Avalon, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia