Harian Metro

Soket mata retak kerana hembus hidung terlalu kuat

-

London: Seorang wanita yang menghidap selesema menghembus hidungnya terlalu kuat hingga menyebabka­n tulang pada soket matanya retak, lapor satu jurnal perubatan.

Dalam satu kes yang dilaporkan Jurnal Perubatan Britain, wanita berusia 36 tahun itu mengalami kecederaan seperti dia ditumbuk dengan kuat di muka.

Wanita itu mendapatka­n rawatan di Hospital Universiti North Middlesex pada tahun lalu akibat kehilangan penglihata­n sementara dan matanya mula bengkak serta sakit.

Hidungnya juga berdarah dan mengadu mengalami sakit menyucuk di sebelah kiri kepala serta tangan kiri.

Selepas membuat imbasan CT, tulang soket mata wanita itu didapati retak dan doktor menganggap kecederaan itu sangat jarang berlaku.

Kecederaan itu berlaku akibat tekanan tinggi di kawasan berkenaan ketika wanita itu menghembus hidungnya dengan kuat.

Keretakan itu menyebabka­n lemak mengalir ke saluran udara dan udara terperangk­ap di tisu di sekitar matanya.

Pesakit itu diberikan antibiotik dan ubat tahan sakit serta pulih sepenuhnya selepas beberapa minggu.

Dalam laporan berkenaan, wanita itu berkata, dia menghembus hidungnya dan beberapa saat kemudian penglihata­n di kedua-dua mata kabur. - Daily Mail

 ??  ?? WARNA hitam pada gambar imbasan CT ini menunjukka­n lemak yang menyumbat saluran udara wanita berkenaan selepas soket matanya retak. - Agensi
WARNA hitam pada gambar imbasan CT ini menunjukka­n lemak yang menyumbat saluran udara wanita berkenaan selepas soket matanya retak. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia